Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Adab hari raya

Assalamualaykum Perkongsian mengenai adab2 menyambut Aidil Fitri Taqabballahu minna wa minkum. Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar. Antara adab-adab menyambut Aidil Fitri: 1. Memperbanyakkan takbir dan tahmid 2. Mandi sebelum keluar ke solat hari raya 3. Memakai pakaian baru yang cantik. Memakai minyak wangi bagi orang lelaki sahaja. Ditegah orang perempuan bertabarruj dan berwangi-wangian. Bertabarruj walaupun menutup aurat. Bertabarruj iaitu yang menarik perhatian orang ramai. 4. Disunatkan makan dahulu sebelum keluar untuk solat hari raya. Inilah yang dimaksudkan dengan kembali kepada fitrah. Nabi memulakan dengan memakan buah tanar dalam bilangan ganjil. Juga menjaga adab2 sesama mnusia dan menjaga aurat dan batasan. Wallahu a'lam.

Tetamu yang akan pergi ....

Assalamualaykum. Hari ni bersiaran dari Masjid Abu Bakar AsSiddiq, Sg Petani. Kuliah dimulakan dengan hadis Nabi SAW yang meriwayatkan pada penghujung bulan Ramadhan, langit dan bumi serta para malaikat menangis. Ditanya kenapa mereka menangis? Dijawab adalah kerana akan berlaku bencana kepada umat Muhammad. Apakah bencana itu? Iaitu, perginya bulan Ramadhan. Kelebihan pada bulan Ramadhan. 1. Segala doa adalah mustajab. Diperkenankan oleh Allah. 2. Segala sedekah dimakbulkan. Tidak akan berlalu satu pagi bagi anak Adam melainkan diutus 2 Malaikat yang berdoa, yang pertama berdoa, "Ya Allah, gantikanlah sumbangan yang telah diberikan oleh hamba ini". Seorang lagi malaikat akan mendoakan orang yang bakhil, "Ya Allah tolong binasakan dan musnahkan harta manusia yg bakhil ini." Ada 2 kegembiraan bagi orang bepuasa: 1. Ketika berbuka puasa 2. Ketika bertemu Rabb. Kerana Allah telah berjanji melalui hadis Qudsi bahawa 'puasa ini adalah bagi Aku'. Iaitu ga

Berbuka Puasa

Assalamualaykum, =================== Dialog: Anak ibu: Apa yang paling best nak balik buka puasa kat rumah? Kawan anak: Yelah, bukak puasa dengan family lah. Anak ibu: Ye la .... Apa yang best? Kawan anak: Makan yang best-best la. Mak aku masak. Aku sebut saja. Semua mak aku buatkan. Itu yang best tuuu... Anak ibu: Best la kau ..... kalau aku balik pun, buka puasa kat surau. Makan je la apa yang surau sediakan. Tak dapat nak makan apa yang aku nak. ===================== Anak ibu..... Falsafah puasa besar hikmahnya. Salah satunya ialah menahan dari lapar dan dahaga. Apa kepentingannya kita menahan dari lapar dan dahaga? Supaya kita merasakan penderitaan yang dirasakan oleh mereka yang kurang berkemampuan. Supaya kita dapat menyelami apa yang mereka rasakan. Supaya kita menjiwai penderitaan mereka. Dengan ini kita beristighfar dan kemudian mensyukuri nikmatNya. Anak ibu ..... Berbuka puasa di surau-surau atau masjid juga ada hikmahnya. Antaranya, MAKAN APA YANG ADA,

Berpagi-pagian orang yang berjaya

Assalamualaykum, Alhamdulillah. Pagi ni diberi Allah nikmat dan kesempatan untuk mengutip ilmu dari Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Dr Zulkifli alBakri. Ustaz memulakan kuliah subuh dengan membacakan Surah Muzammil: (1-8) yang  menceritakan seruan untuk bangun sebelum fajr dan menunaikan solat (bertahajjud). يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ  ﴿ ١ ﴾   قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا  ﴿ ٢ ﴾   نِّصْفَهُ أَوِ انقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا  ﴿ ٣ ﴾   أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا  ﴿ ٤ ﴾   إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا  ﴿ ٥ ﴾   إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا ﴿ ٦ ﴾   إِنَّ لَكَ فِي النَّهَارِ سَبْحًا طَوِيلًا  ﴿ ٧ ﴾   وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا  ﴿ ٨ ﴾ Wahai orang yang berselimut!.  Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),  Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,  Ataupun lebihk

Ramadhan Mendidik Diri

Kupasan bersama Ust Ahmad Dusuki. Memelihara keluarga agar terpelihara dari api neraka: 1. Berada dalam aqidah yang betul Sejarah perang Badar itu adalah simbolik kekuatan aqidah unat Islam. Setiap manusia akan diuji: i. Allah uji dengan perasaan takut. ii. Allah uji dengan kelaparan - lapar fizikal spt makanan, laparkan harta iii. Allah uji dengan dikurangkan harta benda iv. Allah uji dengan kematian dalam keluarga dan orang yang disayang Bulan Ramadhan mengajar kita yakin bahawa Allah sentiasa nampak segala apa yang kita lakukan. Sehingga kita mampu menahan lapar dan dahaga kerana yakin Allah nampak dan tidak boleh menipu diri. Ramadhan mendidik kejujuran. 2. Baiki ibadah kepada Allah Berpuasa bermula dari subuh sehingga maghrib. Dimulakan dengan makan sahur dengan harapan sebaik selepas sahur dapat terus mendidik solat subuh. Dan dapat bersolat subuh secara berjemaah. Untuk menjaga solat maghrib melalui diadakan waktu berbuka puasa pada waktu maghrib. Perbanyakkan sol

DR ABDUL BASIT- Soal Wanita Dalam Mencari Lailatul Qadar Ketika Uzur

Assalamualaikum Ramadhan semakin menghampiri penghujungnya. Samada kita kesampaian ke hujungnya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Yang penting, sebagai hambaNya, kita wajib mengejar dan cuba mendapatkan tawaran lumayan yang Allah janjikan kepada kita pada bulan Ramadhan ini. Iaitu kelebihan malam 1000 bulan - Lailatul Qadr. Bilamana semua amalan pada malam tersebut akan digandakan ganjarannya. Jika kita berebut mendapatkan 'Happy Hour' di gedung jualan, lebih lumayan jika kita rebut ganjaran 'Happy Hour' yang Allah janjikan ini kerana pulangannya tidak dapat dibandingkan dengan dunia ini kerana ganjarannya dapat ditebus di alam yang kekal nanti, alam akhirat. Being ladies, women, we cannot avoid the menses. It is a gift from Allah for us with hikmah. Why must we being sadden by it? Follows is the discussion about this matter by Dr Abdul Basit Abdul Rahman. I heard another video clip, and few other sermons by other scholars regarding reciting of the Quran by wo

Persediaan ke Mahsyar

Assalamualaikum Bersama Ust Dr Anzarudin tengahari 18 Ramadhan ni. Ustaz berkongsi ilmu tentang persediaan untuk kejayaan di Mahsyar. Surah alBaqarah:123   وَاتَّقُوا يَوْمًا لَّا تَجْزِي نَفْسٌ عَن نَّفْسٍ شَيْئًا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلَا تَنفَعُهَا شَفَاعَةٌ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ  ﴿ ١٢٣ ﴾   (English) Then guard yourselves against a Day when one soul shall not avail another, nor shall compensation be accepted from her nor shall intercession profit her nor shall anyone be helped (from outside). (Bahasa Malaysia) Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara). Takutlah kamu pada satu hari yang nanti tiada pertolongan dari seseorang yang lain dan tidak diterima tebusan dan tidak b

Power of Istighfar

Assalamualaikum .Pagi ni berkongsi ilmu yang disampaikan oleh Imam Muda Jabar Beliau memulakan dengan membacakan ayat di bawah ini  وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ  ﴿ ١٣٣ ﴾ (English) And hasten to forgiveness from your Lord; and a Garden, the extensiveness of which is (as) the heavens and the earth, it is prepared for those who guard (against evil). (Bahasa Malaysia) Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Ayat ini menerangkan seruan Allah agar kita segera memohon keampunan. Ada satu kisah, telah datang 3 orang pemuda menyatakan masalah mereka untuk memohon pandangan. Pemida yang pertama, telah lama berkahwin tetapi tidak memperoleh nak. Maka dikatakan padanya, 'Istighfarlah'. Pemuda kedua men

AlFurqan: 63-74: Sifat hamba Allah

Assalamualaikum Malam ni berkongsi ilmu yang dikupaskan oleh Ust Tuan Badrul Hisyam sempena malam 17 Ramadhan. Tiada istimewanya malam ini cuma kerana ianya telah digazetkan dalam kalendar sebagai malam turunnya alQuran. Tetapi malam yang sebenar adalah tidak pasti. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Apa yang pasti alQuran telah diturunkan di bulan Ramadhan yang mulia ini bersandarkan ayat dalam surah AlBaqarah 186. Wallahu a'lam. Ini perkongsian dari Ustaz. Berdasarkan alFurqan : 63-74 Ayat-ayat ini memperihalkan ciri-ciri hamba Allah. Bukanlah menjadi hamba Allah itu hanya pada ibadat solat, puasa, zakat, dan sedekah sahaja. Tetapi sluruh kehidupan itu adalah suatu ibadat. (*aku tambah: Quran dah jelaskan, tapi kita yang tidak mentadabbur. Rugilah kita. Astaghfirullah.) Sifat 1: Tawadhu' dan tidak melibatkan diri dalam pertelingkahan وَعِبَادُ الرَّحْمَـٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا ﴿ ٦٣ ﴾

Mufti Menk - Reminders from Quran1

Sweetness in Prayer (Salah) - Moutasem Al-Hameedi