Assalamualaikum
Bersama Ust Dr Anzarudin tengahari 18 Ramadhan ni. Ustaz berkongsi ilmu tentang persediaan untuk kejayaan di Mahsyar.
Surah alBaqarah:123
وَاتَّقُوا يَوْمًا لَّا تَجْزِي نَفْسٌ عَن نَّفْسٍ شَيْئًا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلَا تَنفَعُهَا شَفَاعَةٌ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ ﴿١٢٣﴾
(English) Then guard yourselves against a Day when one soul shall not avail another, nor shall compensation be accepted from her nor shall intercession profit her nor shall anyone be helped (from outside).
(Bahasa Malaysia) Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara).
Takutlah kamu pada satu hari yang nanti tiada pertolongan dari seseorang yang lain dan tidak diterima tebusan dan tidak boleh diberi syafaat dan tidak boleh diberi bantuan. Itulah hari akhirat - mahsyar.
Persediaan untuk bantuan di Mahsyar adalah ketika di dunia. Bulan Ramadhan adalah ketika yang terbaik untuk membuat bekalan ke akhirat.
Persediaan yang disaran Nabi adalah membaca Quran.
Bermaksud baca dan bertadabbur. Tengok terjemahan dan tafsirannya. Asbabul nuzul.
Kerana quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada orang yang membacanya.
Rebutlah waktu antara Asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. Terutamanya pada bulan Ramadhan ini.
Kèlebihan Ramadhan adalah kerana padanya diturunkan alQuran, petunjuk sepanjang jalan. Nama Ramadhan hanya disebutkan sekali dalam Quran.
Di dalam alQuran terdapat kisah2 yang dapat dijadikan panduan, motivasi dan petunjuk.
Surah Maryam menceritakan Maryam yang juga kematian ayah ketika dalam kandungan. Ini dapat mengurangkan kesedihan Nabi Muhammad SAW yang menyangka dirinya malang kerana ketiadaan ayah semasa dalam kandungan.
Mengamalkan apa yang diajarkan dalam alQuran.
Ibnu alJauziyah membuat perbandingan tentang Ramadhan dan Nabi Yusuf. Di mana kebaikan Yusuf menyebabkan 11 orang adik beradiknya diampunkan dn menjadi baik. Mudah2an, satu bulan Ramadhan ini dapat memberi kebaikan ke atas sebelas bulan yang lain.
Wallahu a'lam.
Comments
Post a Comment