Assalamualaikum, Allah menjemput tanpa disangka. Ia terjadi secara tiba-tiba. Telah dijanjikan tidak akan dicepatkan mahupun dilewatkan walau sesaat jua. Dan kita bukanlah kekasih Allah yang dijemput diiringi Jibrail, hanya Izrail yang datang melaksanakan arahan tanpa berlengah. Malam hari, apabila telah selesai tugasan rumah adalah masa untukku bersosial. Bersembang dengan teman di WhatsApp atau membelek isu semasa melalui alam maya dan FB menjadi salah satu sumberku. Tapi malam tadi, alam maya berbicara. Mengejutkanku. Sahabat karibku telah kehilangan teman hidupnya. Bagai sukar mempercayai kenyataan tetapi itulah hakikatnya. Mastura telah kehilangan Osmannya. Aku kehilangan kata-kata ketika menelefonnya. Sukar dibayangkan perasaannya. Alhamdulillah, dalam kesibukan Mr Hubby bersetuju untuk menemaniku ke Rumah Mayat PPUM, tempat di mana Osman berada sebelum 'transit' di alam kubur. Kronologinya ringkas. Demam pada hari Jumaat, sakit-sakit sendi yang disangka berpunca da
Hidup ini suatu perjalanan menuju destinasi ABADI ....