Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

Sunnah-sunnah hari Jumaat

Assalamualaikum... Petikan di bawah ini memang 100% dipetik dari Page Dr Rozaime bertujuan untuk rujukan diri sendiri dan semoga menjadi manafaat untuk orang lain juga. Wallahu a'lam ================================= Sunnah-sunnah Hari Jumaat 1⃣ Berselawat kepada Nabi. Rasulullâh SAW bersabda : " Perbanyaklah selawat kepadaku di hari Jumaat dan malam Jumaat. Barangsiapa membaca selawat untukku satu kali, maka Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali." 📒Hasan, lihat : As-Sahihah Mukhtasarah (lll/397, Asy-Syamilah. 2⃣ Mandi Jumaat dengan tatacara mandi Jinabat. Waktunya boleh dilakukan setelah Subuh hingga adzan Jumaat. ▶ Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda : "Mandi hari Jumaat adalah wajib atas setiap muslim yang sudah baligh" (Hadis riwayat Bukhari) (lafaz wajib menguatkan pendapat yg mewajibkan mandi Jumaat) ▶ Dari Samurah bin Jundab, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Barangsiapa hanya be

Peringatan buat yang pandai agama

Assalamualaikum Hari ni nak berkongsi apa yang disyarahkan oleh Ustaz {وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ} [الأعراف : 175] link: http://quran.ksu.edu.sa/index.php?aya=7_175 {وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ ۚ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث ۚ ذَّٰلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۚ فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ} [الأعراف : 176] link: http://quran.ksu.edu.sa/index.php?aya=7_176 ( 175 )   Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. ( 176 )   Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggi

Tafsiran Al-'Asr

Assalamualaikum .... Nak kongsi tafsiran ringkas yg Ust Sulaiman Nuba sebut semasa muqaddimah kuliah maghrib malam tadi... pasal Surah Al-'Asr. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ وَٱلْعَصْرِ  ﴿١﴾  إِنَّ  ٱلْإِنسَـٰنَ  لَفِى خُسْرٍ  ﴿٢﴾  إِلَّا  ٱلَّذِينَ  ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟  ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ  وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ  وَتَوَاصَوْا۟  بِٱلصَّبْرِ  ﴿٣ By time, (1)  Indeed, mankind is in loss, (2)  Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience. (3)  Dalam ayat tu Allah telah bersumpah... Semua manusia dalam kerugian pada setiap masa. Dan Allah janji KECUALI mereka yang beriman, beramal soleh, menasihati dgn kebenaran dan menasihati dengan kesabaran.  Kita selalu baca terjemahannya tapi cara ustaz beri penekanan tentang betapa ruginya kita pada setiap masa kecuali golongan yg Allah sebut tu .... terasa kerdilnya diri. Terasa ruginya masa yang aku ada jika aku tidak termasuk dala

Bersabar dan solat

 ...Assalamualaykum {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ} [البقرة : 153] link: http://quran.ksu.edu.sa/index.php?aya=2_153 ( 153 )   Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar Ayat ini ringkas, Allah mengajarkan kita cara untuk meminta pertolongan kepada Allah. Dalam ayat ni, Allah berkata, apabila kita perlukan pertolongan, kita perlu banyakkan bersabar dan kemudian bersolat. Dan dalam solat mengandungi doa-doa untuk kebaikan diri kita. Ini adalah dalil kuat untuk memperbanyakkan solat dan bersabar. Salahkah kita bersolat hajat? Boleh sahaja kita bersolat kerana telah Allah ajarkan agar kita bersolat untuk meminta pertolongan. Cuma tiada tatacara khusus untuk bersolat hajat yang diajarkan