...Assalamualaykum
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ} [البقرة : 153]
link: http://quran.ksu.edu.sa/index.php?aya=2_153
( 153 ) Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
Ayat ini ringkas, Allah mengajarkan kita cara untuk meminta pertolongan kepada Allah. Dalam ayat ni, Allah berkata, apabila kita perlukan pertolongan, kita perlu banyakkan bersabar dan kemudian bersolat. Dan dalam solat mengandungi doa-doa untuk kebaikan diri kita. Ini adalah dalil kuat untuk memperbanyakkan solat dan bersabar. Salahkah kita bersolat hajat? Boleh sahaja kita bersolat kerana telah Allah ajarkan agar kita bersolat untuk meminta pertolongan. Cuma tiada tatacara khusus untuk bersolat hajat yang diajarkan oleh Baginda Rasulallah SAW. Tunaikanlah solat sunat dengan penuh keihklasan dan tawaddhuk hanya pada Allah ketika berdoa.
Wallahu a'lam.
Comments
Post a Comment