Assalamualaikum... Setiap kali apabila pergi 'dating' untuk breakfast, aku pasti melalui sebuah Sekolah Rendah Agama. Ada 2 perkara yang menggerakkan aku berbicara di sini: 1. Kecomelan anak-anak kecil berbaju sekolah agama. Yang perempuan berbaju kurung dan berkain hijau dengan tudung di kepala, manakala yang lelaki dengan baju melayu putih, bersamping dan songkok hitam tertenggek di kepala. Sungguh comel. Ada yang girang, ada yang muram. It reminds me of my kids when they were at these age. Cute. Clean. Naive. 2. Ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah. 90% berkereta pelbagai jenama, 10% lagi bermotorsikal atau berjalan kaki (mungkin rumah berhampiran). Ramai yang mengiringi anak ke pagar, tolong bawakan beg, ramai juga melepaskan peluk cium hanya di tepi maupun di dalam kereta. Isu hangatku di sini adalah tidak kurang juga yang bercita-cita menurunkan anak betul-betul di depan pagar, memberhentikan kereta secara semberono tanpa menghiraukan trafik di bel
Hidup ini suatu perjalanan menuju destinasi ABADI ....