Assalamualaikum, Apa lagi yang aku fikirkan? Ya Allah! Aku serahkan anakku ke jalanMu. Jalan yang mampu memacunya ke syurga idaman. Aku serahkan segalanya kepadaMu ya Allah. 'Bukan dunia matlamatku. Tetapi akhirat destinasiku.' Betapa mudah lidah berkalam. Tetapi perlukan seluruh jiwa dan raga untuk ku kotakan. Ijazah tertinggi yang dimiliki tidak mampu memacuku ke syurgaMu. Bahkan tidak sedikit mendekatkan aku ke destinasi impian. Apa lagi yang aku fikirkan? Kuatkan tekad, bulatkan niat. Ya Allah ku serahkan anakku ke jalanMu. Kerana aku yakin, JalanMu itu membawa kebahagiaan dunia dan akhirat. Semoga kau berkati laluan hidup anakku Ya Allah. P/S. Link blog dari adik al-Hafiz ini menyuntik semangatku: Al-Huffaz Wallahua'lam
Hidup ini suatu perjalanan menuju destinasi ABADI ....