Huffaz

Assalamualaikum,

Apa lagi yang aku fikirkan?
Ya Allah! Aku serahkan anakku ke jalanMu.
Jalan yang mampu memacunya ke syurga idaman.
Aku serahkan segalanya kepadaMu ya Allah.

'Bukan dunia matlamatku. Tetapi akhirat destinasiku.' 
Betapa mudah lidah berkalam. Tetapi perlukan seluruh jiwa dan raga untuk ku kotakan.
Ijazah tertinggi yang dimiliki tidak mampu memacuku ke syurgaMu.
Bahkan tidak sedikit mendekatkan aku ke destinasi impian.

Apa lagi yang aku fikirkan?
Kuatkan tekad, bulatkan niat.
Ya Allah ku serahkan anakku ke jalanMu.
Kerana aku yakin,
JalanMu itu membawa kebahagiaan dunia dan akhirat.

Semoga kau berkati laluan hidup anakku Ya Allah.

P/S. Link blog dari adik al-Hafiz ini menyuntik semangatku: Al-Huffaz

Wallahua'lam

Comments

  1. Salam Ina, bila tengok nama adik al-hafiz abdur Rahman Al-Azmi macam kenal aje...lagi sahih bila baca profil lengkap beliau ...sebaya Asma' dan sekelas Asma' semasa di SRI Hira' dulu ...dan Azzah kenal emak beliau ...dulu bendahari kat fakulti kita, Kak Khaniza ..kalau Ina pernah berurusan di Bendahari ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari blog dia Ina dh boleh agak yang dia merupakan bekas pelajar Hira' dan dari Sek7, Shah Alam jugak rasanya. Semoga bumi Malaysia dimakmurkan dengan Generasi al-Quran. Amin.

      Delete

Post a Comment