Assalamualaykum, Blog ini jarang sekali membincangkan isu semasa. Aku lebih suka ianya bersikap santai, yang boleh dijengah kembali pada ketika senggang. Tapi tadabbur aku hari ini amat bertepatan dengan isu yang sedang diperkatakan ketika ini. Isu salib di sebuah gereja di Kg Medan yang telah menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu-Islam di situ. Begitu lantang mereka menentang pemasangan lambang salib di sebuah gereja kerana kononnya bimbang lambang salib tersebut akan dapat menggoyah akidah umat Islam. Bertepatankah tindakan mereka dengan seruan Allah dalam kitab suci kita, Al-Quran?? Surah Al-Kafirun juga menjelaskan mengenai perkara ini: قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ ﴿ ١ ﴾ لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ ﴿ ٢ ﴾ وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ ﴿ ٣ ﴾ وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ ﴿ ٤ ﴾ وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ ﴿ ٥ ﴾ لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ ﴿ ٦ ﴾ Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! "Aku tidak
Hidup ini suatu perjalanan menuju destinasi ABADI ....