Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Jangan sia-siakan Ramadhan

Assalamualaikum. Tengahari ni ada perkongsian bersama Ust Halim Din. Sabda Nabi SAW, apabila mati seorang anak Adam akan ditanya: 1. Bagaimana kamu habiskan masa kamu? i. Sihat sebelum sakit. ii. Lapang sebelum sibuk. iii. Muda sebelum tua. iv. Kaya sebelum miskin. v. 2. Adakah kamu menuntut ilmu? Adakah kamu telah mengamalkan apa yang telah kamu pelajari? ~ mesti menuntut ilmu dan kemudian mengamalkan ilmu tersebut. 3. Apa yang telah kamu gunakan dengan anggota badan kamu? ~ perlu jaga panca indera kita utk kebaikan. 4. Bagaimana kamu dapat harta kamu? Ke mana kamu belanjakan harta kamu?

Ramadhan yang ditangisi

Assalamualaykum, Ini pula catatan ketika mendengar Kuliah Zohor yang disampaikan oleh Ust Amran (Bukit Beruntung). Ustaz mulakan dengan kewajaran bersyukur kepada Allah seperti yang disebutkan dalam Surah alBaqarah (172). يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّـهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ  ﴿ ١٧٢ ﴾ O you who believe! eat of the good things that We have provided you with, and give thanks to Allah if Him it is that you serve. (Translate: Syakir) Bersyukurlah kita dengan nikmat yang Allah kurniaan. Makan minum yang baik. Juga kurniaan dipanjangkan usia ke bulan Ramadhan kerana bulan ini adalah bulan: . Ruang pengampunan . Ruang mengakrabkan diri pada Allah ~Mengakrabkan diri dengan beriman kepada Allah Surah al-Imran:31 menyatakan cara beriman kepada Allah: قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّـهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّـهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ  ۗ  وَاللَّـهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ  ﴿ ٣١ ﴾

Puasa

Assalamualaikum Hari ini Ust Dr Rozaimi (pensyarah UPSI) berkongsi tentang kelebihan berpuasa. Kupasan berdasarkan hadis sohih riwayat Muslim. Antaranya: 1. Indahnya Puasa     i. Ajar kita beramanah     ii. Ajar kita bersistematik    Ibadat lain ada yg dilakukan oleh orang kafir dalam bentuk yg berbeza    i. Tawaf    ii. Berkorban    iii. Sujud   Tetapi tidak bagi berpuasa. Puasa tidak dilakukan oleh kepercayaan lain.   Puasa bagi orang Islam adalah menghalang diri:   i. Makan   ii. Minum   iii. Syahwat   ~ dan tahan diri dari perkara2 buruk 2. Ganjaran yang banyak bagi yang berpuasa. Hanya Allah yang Maha Mengetahui ganjaran yang Allah berikan. 3. Puasa itu perisai     i. Perisai dari perbuatan maksiat     ii. Perisai dari masalah kesihatan 4. Apabila berpuasa, dapat kawal diri dari perkataan yang tidak baik.     Kata Nabi SAW:        Kesilapan yang sering dilakukan:    i. Puasa tetapi tidak bersolat.    ii. Puasa dan ibadat hany

ICT@Dungun

Blooming in my garden

Tenanglah wahai hati ~Ar Ra'd: 28

Assalamualaykum. Janji Allah.... الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Muslim Pro - Quote from the Holy Qur'an: Ar-Ra'd (13:28) - http://www.muslimpro.com Janji Allah manakah yang ingin kita mungkiri. Allah telah menegaskan, jika berserah diri pada Allah, nescaya hati kita akan tenang dan redha atas segala ketentuanNya. Dan terus berusaha ke arah kebajikan. Wallahu a'lam.

Riak zaman Modern

Assalamualaikum, Dari satu mukabuku yang mengongsikan penulisan yang bertajuk "Riak zaman modern" oleh mynewsvibes.blogspot.com, aku tidak dapat lari dari bersetuju. Ada kebenaran dari pengongsiannya. Katanya: 1. Update status checked-in di hospital berlatar belakangkan hospital mewah, nak maklumkan sakit walau cuma demam-demam manja. Bimbang terdetik dalam hati nak menunjukkan lokasi dan  kemampuan diri. Kalau berada di GH, tak ada pula yang nak update status. (Komen aku: Betul juga. Atau mungkin kerana yang masuk GH tu sakitnya lebih kritikal. Nak pegang hand phone pun dah tak larat). 2. Update status.. "Alhamdulillah, anak berjaya",  "Alhamdulillah rezeki melimpah", "Alhamdulillah dah sampai ke destinasi percutian" dan pelbagai lagi. Bagus dengan amalan bersyukur. Bimbang yang terdetik di hati adalah "anak aku pandai", "aku berjaya" dan lain-lain lagi. Adalah lebih baik kesyukuran itu hanya dikongsikan dengan