Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

Sihir ~ Al-Hadith

Assalamualykum Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Laits, iaitu Ibnu Abi Salin, dia berkata, "Telah sampai kepadaku, bahawa ayat-ayat tersebut adalah penangkal dari gangguan sihir dengan izin Allah. Ia dibacakan dalam sebuah bejana yang diisi air kemudian disirmkan ke kepala orang yang terkena sihir. Ayat tersebut terdapat dalam surah Yunus:81, ayat lainnya dalam surah Al-A'raf:118-121, dan ayat 69 surah Thaha." (Tafsir Ibnu Katsir 2/427). ~~~ {فَلَمَّا أَلْقَوْا قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ ۖ إِنَّ اللَّهَ سَيُبْطِلُهُ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ} [يونس : 81] link: http://quran.ksu.edu.sa/index.php?aya=10_81 ( 81 )   Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. ~~~~ {فَوَقَعَ الْحَقُّ

Lets recharge iman - Hadith

Assalamualaykum Dari Abu Hurairah r.a., bahwa Rasulallah SAW bersabda, "Tidaklah suatu kaum berkumpul di sebuah rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah (Al-Quran), mengkajinyadi antara mereka, kecuali akan diturunkan ketenangan bagi mereka, para malaikat akan mengelilingi mereka, kasih sayang akan meliputi mereka, dan Allah akan menyebut mereka kepada segenap makhluk yang ada di sisiNya."  (HR Abu Daud) ~~~~~~ Indahnya ganjaran di dunia dan akhirat bagi yang duduk berkumpul mengingati Allah. Bagaimana hendak memperolehinya? Mari kita sama-sama ringankan kaki, berjalan menuju ke rumah-rumah Allah, (masjid atau surau), dengar pengajian agama, di dalamnya pasti disebutkan ayat-ayat Allah. Jom tuntut ilmu ..... Lets recharge iman .... Wassalam

Az-Zumar: 53

Assalamualaikum. Perkongsian ilmu oleh Ust Zulfakar. {۞ قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ} [الزمر : 53] link: http://quran.ksu.edu.sa/index.php?aya=39_53 ( 53 )   Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dalam ayat ini Allah menyeru, (Wahai). Dan seruan mestilah segera dituruti. Terdapat dalam.alQuran ini ayat2 yang menunjukkan kekecewaan Nabi Muhammad SAW. Kekecewaan Nabi kerana umat yang enggan beriman kepada Allah. Dalam ayat2 berikut: AsSyuara' - 1-3 AlKahf - 6 Dan dalam alFurqan (30), Allah telah menunjukkan kekecewaan Nabi kerana kaumnya yang telah mengab

Alam Kubur

Assalamualaikum AlQuran dimulakan dengan Alhamdulillah.....Katalah Alhamdulillah kerana ianya sebaik2 doa. Tiada hamba yg dpt memuji Tuhannya melainkan Àllah sendiri memuji dirinya. ~permulaan bicara oleh Ustaz Hashimi Che Pa pada kuliah subuh. Azab dan nikmat kubur - ianya merupakan ilmu ghaib yang hanya dapat difahami kerana iman bukan aqal - iman adalah melalui kepercayaan dan keyakinan kepada alQuran dan Hadith - azab kubur itu adalah manifestasi nama azab setelah kematian iaitu ketika berada dalam barzakh. Hadis dari riwayat Bukhari: Tentang sorang lelaki yang banyak dosa yang berpesan kepada anaknya supaya jika dia mati maka hendaklah dibakar dan abunya diterbangkan serata tempat agar ianya tidak dapat dibangunkan. Ini adalah kerana takutnya kepada azab Allah. Dari hadis nabi, apabila Allah tanyakan kenapa dia berbuat begitu dan dia menjawab kerana Takutkan Allah. Maka Allah mengampuni dosanya. Larangan meratap kematian Dilarang meratap di kuburan dan menampar2 pipi ker