Assalamualykum
Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Laits, iaitu Ibnu Abi Salin, dia berkata, "Telah sampai kepadaku, bahawa ayat-ayat tersebut adalah penangkal dari gangguan sihir dengan izin Allah. Ia dibacakan dalam sebuah bejana yang diisi air kemudian disirmkan ke kepala orang yang terkena sihir. Ayat tersebut terdapat dalam surah Yunus:81, ayat lainnya dalam surah Al-A'raf:118-121, dan ayat 69 surah Thaha." (Tafsir Ibnu Katsir 2/427).
~~~
{فَلَمَّا أَلْقَوْا قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ ۖ إِنَّ اللَّهَ سَيُبْطِلُهُ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ} [يونس : 81]
link: http://quran.ksu.edu.sa/index.php?aya=10_81
( 81 ) Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.
~~~~
{فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ} [الأعراف : 118]
Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan.
{فَغُلِبُوا هُنَالِكَ وَانقَلَبُوا صَاغِرِينَ} [الأعراف : 119]
Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.
{وَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ} [الأعراف : 120]
Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud,
{قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ الْعَالَمِينَ} [الأعراف : 121]
Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam
link: http://quran.ksu.edu.sa/index.php?aya=7 (118-121)
Wallahu a'lam
Comments
Post a Comment