Sunday, November 27, 2016

Az-Zumar: 53

Assalamualaikum.

Perkongsian ilmu oleh Ust Zulfakar.

{۞ قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ} [الزمر : 53]

link: http://quran.ksu.edu.sa/index.php?aya=39_53

( 53 )   Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dalam ayat ini Allah menyeru, (Wahai). Dan seruan mestilah segera dituruti.

Terdapat dalam.alQuran ini ayat2 yang menunjukkan kekecewaan Nabi Muhammad SAW. Kekecewaan Nabi kerana umat yang enggan beriman kepada Allah. Dalam ayat2 berikut:

AsSyuara' - 1-3
AlKahf - 6

Dan dalam alFurqan (30), Allah telah menunjukkan kekecewaan Nabi kerana kaumnya yang telah mengabaikan alQuran. Umat yang tidak menjadikan  alQuran sebagai panduan.

Ayat azZumar (53) perkataan hamba bukanlah untuk merendahkan kedudukan kita. Tetapi meletakkan kedudukan kita pada tempatnya, iaitu hamba ada tuannya, maka Allah adalah tuan, Tuhan yang perlu dipatuhi. Hanya Allah yang boleh meletakkan yang halal dan haram.

Dan dalam ayat ini juga Allah telah mengatakan bahawa umat pasti akan melakukan kesalahan. Dan Allah telah menjanjikan ada ruang pengampunan. Allah menjanjikan pengampunan kerana Dia lah Maha Pengampun.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment