Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Ilmu kehidupan.

Assalamualaikum. Lesson learned today. "Jangan meletakkan harapan dan impian pada manusia kerana ia akan mengecewakanmu. Letakkan harapan dan impian hanya pada Allah kerana dengan usaha Dia pasti menunaikan harapan dan impianmu, jika bukan di sini mungkin di sana." Oleh itu berdoa dan berharaplah. At-Taubah: 129. Wassalam.

Maka Nikmat Tuhan Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?

Assalamualaikum,   فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ  Maka Nikmat Tuhan Yang Manakah Yang Kamu Dustakan? (Surah ArRahman) Kita hamba yang lemah. Nimat Tuhan itu terlalu besar buat hambaNya yang bersyukur. Ya Allah, kalau inilah namanya keajaiban, aku panjatkan kesyukuran hanya padaMu. Engkaulah Tuhan yang memakbulkan permintaan hambaNya. Itulah janjiNya. Sekitar bulan Julai 2013, aku merasakan ada benjolan di sekitar payudara kiriku. Aku memberanikan diri membuat temujanji untuk melakukan ultra sound di klinik berhampiran. Hasil pemeriksaan tersebut mengesahkan terdapat dua ' lumps ', satu di setiap payudara kiri dan kananku. Dari pemerhatian pakar radiograph, bentuk lump tersebut adalah oval dan sempurna bersaiz lebihkurang 1.5cm setiap satunya. Menurut beliau, bentuk sebegitu pada kebiasaannya menunjukkan bahawa ianya adalah ' benign '. Pada ketika itu, aku amat berharap agar kata-katanya itu benar. Dia bagaimanapun menasihatkan agar aku membuat pe