Assalamualaikum,
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka Nikmat Tuhan Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?
(Surah ArRahman)
Kita hamba yang lemah. Nimat Tuhan itu terlalu besar buat hambaNya yang bersyukur.
Ya Allah, kalau inilah namanya keajaiban, aku panjatkan kesyukuran hanya padaMu. Engkaulah Tuhan yang memakbulkan permintaan hambaNya. Itulah janjiNya.
Sekitar bulan Julai 2013, aku merasakan ada benjolan di sekitar payudara kiriku. Aku memberanikan diri membuat temujanji untuk melakukan ultra sound di klinik berhampiran. Hasil pemeriksaan tersebut mengesahkan terdapat dua 'lumps', satu di setiap payudara kiri dan kananku. Dari pemerhatian pakar radiograph, bentuk lump tersebut adalah oval dan sempurna bersaiz lebihkurang 1.5cm setiap satunya. Menurut beliau, bentuk sebegitu pada kebiasaannya menunjukkan bahawa ianya adalah 'benign'. Pada ketika itu, aku amat berharap agar kata-katanya itu benar. Dia bagaimanapun menasihatkan agar aku membuat pemeriksaan lanjut.
Seminggu berikutnya, aku ke KPJ untuk pemeriksaan lanjut, doktor disana juga mempunyai pendapat yang sama. Hasil mammogram juga tidak menunjukkan apa-apa yang membimbangkan. Ianya adalah 'lump' dan bukannya cystic - tidak berisi air. Setelah membuat temujanji untuk memeriksa semula pada pulan Disember, aku kembali ke rumah dengan perasaan yang lebih tenang. Yalah ... jika doktor mengesahkan 'there's nothing to worry', kenapa kita pula yang 'worried so much'. Kerisauan hanya akan memburukkan keadaan.
Di sebalik kelegaan ini, ada juga terselit sedikit kerisauan kerana semakin hari, aku dapat rasakan benjolan itu semakin membesar. Namun, aku cuba hilangkan perasaan kerisauan itu dengan tidak bercerita kepada sesiapa, dan tidak juga membuat pemeriksaan ulangan disebabkan kekangan masa.
Dalam 2 bulan ini, kerisauanku berganda. Benjolan semakin membesar, dan kerap pula aku merasakan 'sharp pain' pada payu dara sebelah kiriku. Apakah petandanya, aku tidak mengetahui. Yang pasti aku pertingkatkan munajatku dan ikhtiarku. Aku semakin beristiqamah dalam pengambilan madu. Dan setiap suapan itu aku bermohon pada Allah, Rabbku, agar aku disembuhkan dan dihindari dari sebarang penyakit yang berbahaya. Allah Maha Penyayang. Memakbulkan doa hambaNya. Pagi ini, ketika bersiap ke pejabat, aku meraba-raba benjolan di payudara kiriku ..... Alhamdulillah, benjolan terasa lebih kecil dan agak lembut berbanding sebelumnya .... Moga ini petanda yang baik. Moga ini jawapan Allah pada munajatku.

Apa-apa pun, aku perlu mengesahkan secara klinikal. Moga ada ruang masa untukku membuat pemeriksaan susulan, insya Allah.
Syukur ya Allah ...... Alhamdulillah.
Wassalam.

Saya doakan ia benar2 'benign', insyaAllah.....
ReplyDeleteJazakillah ... selepas pemeriksaan, doktor masih beranggapan ia kelihatan benign. Insha Allah. Tidak perlu tindakan susulan hanya perlu monitor dan ulang pemeriksaan.
ReplyDelete