Assalamualaykum, Ku mengikuti perkembangannya dari jauh Ku susuli kesakitannya dengan perkhabaran Selang rembulan ku terima berita puncak kesakitannya Dan seawal pagi Jumaat nan indah ini, ku terima pemergiannya Seorang sahabat, seorang kanda kini pulang kepada Penciptanya Moga kasih sayang Allah bersamanya sepertimana lembut tutur bicaranya Moga rahmat Allah mengiriniginya sepertimana ceria budi bahasanya Semoga segala amalan kebaikannya menjadi pemberat di mizan sana Allahummaghfirlaha warhamha waafihi wa'fu 'anha untuk K.Sham. Telah hilang segala kesakitan yang ditanggung kerana Big C pada ototnya Semoga itu menjadi kaffarah di atas kekhilafan insan Innalillahi wainna ilaihi raijun .. Telah kembali lagi seorang dari kalangan kami. Kalau dulu berita kematian sayup-sayup kedengaran. Datangnya dari Atuk-Nenek, Uwan-TokNjang, Pakcik-Makcik, PakNgah-MakNgah. Tapi kini, berita kematian datangnya dari jiran sebaya, rakan sekolah, teman sepermainan. Sesungguhnya itu
Hidup ini suatu perjalanan menuju destinasi ABADI ....