Gugur Daun Ke Bumi

Assalamualaykum,

Ku mengikuti perkembangannya dari jauh
Ku susuli kesakitannya dengan perkhabaran
Selang rembulan ku terima berita puncak kesakitannya
Dan seawal pagi Jumaat nan indah ini, ku terima pemergiannya
Seorang sahabat, seorang kanda kini pulang kepada Penciptanya
Moga kasih sayang Allah bersamanya sepertimana lembut tutur bicaranya
Moga rahmat Allah mengiriniginya sepertimana ceria budi bahasanya
Semoga segala amalan kebaikannya menjadi pemberat di mizan sana

Allahummaghfirlaha warhamha waafihi wa'fu 'anha untuk K.Sham.
Telah hilang segala kesakitan yang ditanggung kerana Big C pada ototnya
Semoga itu menjadi kaffarah di atas kekhilafan insan


Innalillahi wainna ilaihi raijun ..
Telah kembali lagi seorang dari kalangan kami. Kalau dulu berita kematian sayup-sayup kedengaran. Datangnya dari Atuk-Nenek, Uwan-TokNjang, Pakcik-Makcik, PakNgah-MakNgah. Tapi kini, berita kematian datangnya dari jiran sebaya, rakan sekolah, teman sepermainan. Sesungguhnya itulah tandanya usia ini semakin dimamah. Semakin berkurang. Perjalanan dunia semakin pendek.Tapi bekalan kehidupan abadi ????

Bila berita diterima ... aku seakan terpukul. Dalam 2 minggu ini, 2 rakan sekolah telah pergi. Seolah-olah giliranku begitu hampir.
Tapi aku .... aku masih menyanyi di dunia ini. Nyanyi lagu kehidupan dengan sedikit sulaman akhirat. pasti tidak cukup amalan.
Ampunilah aku Ya Allah. Ampunilah hambaMu ini.
Jadikanlah seluruh kehidupanku ini ibadah buatMu dan dunia ini sekadar perjalanan menuju ke sana. Tapi nafsu masih di singgahsana. Argh ......
Ya Allah... Ampunilah hambaMu ini.
Semoga aku dijemput Izrail dalam redhaMu, dalam beriman padaMu.
Ameen Ya Allah.


Wassalam

Comments