Wednesday, July 31, 2013

Selawat kepada Nabi: Al-Ahzab (56)

Salam alaykum.

Sedangkan malaikat jua berselawat kepada nabi. 

(إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا)
 [Surat Al-Ahzab : 56] via @QuranAndroid

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

Di manakah kita? Ingatkah kita pada kekasih Allah yang sehingga saat akhir hayatnya masih menyebut umatnya. Jika kita ingin mengaku umat Muhammad, maka JOM SELAWAT.

It's not that we have forgotten Rasullalah but saying selawat has not become our habit. For a beginning, lets istiqamah doing it after every solah. Perhaps begin with 10X after every solah? May later selawat becomes a regular on the lips and often a slip of the tounge, no longer the famous 'opocot'. Insha Allah.

Wallahua'lam.

Tuesday, July 30, 2013

Rasul Kita - Muhammad SAW : Al-Ahzab(21)

Salam alaykum.

Tiada pertikaian. Allah telah berkata-kata. Ayat-ayatnya kekal, terpelihara. Itulah mukjizat yang nabi SAW tinggalkan untuk kita. Siapa ikutan kita? Ikutan kita adalah yang terbaik. Siapa yang terbaik? Rasulallah.


(لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا) 
[Surat Al-Ahzab : 21] via @QuranAndroid

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Apa yang perlu kita contohi? Keseluruhan tentang nabi. Perbuatannya (sunnahnya) diikuti. Kata-katanya (hadis) dipatuhi. Tahukah kita apa sunnah dan hadis nabi yang kita perlu beriman dan beramal dengannya? Kalau tak pasti, belajarlah.

Lemahnya kita. Sejarah orang tersayang kita tidak tahu. Kisah artisbyang tidak layak jadi ikutan kita pedulika. Ampunilah kami Ya Allah.

Jom beramal dengan sunnah nabi.

Wallahua'lam.

Sunday, July 28, 2013

Doa pasangan dan anak

Salam alaykum,

Who does not dream of a happy family? Every single individual wish for happiness in their marriage and family. Wish for children that will later becomes the devoted servant of Allah and His Messenger. Everyone dreams of a family that is full of sakeenah and mawaddah.

Everybody prays for it. And the best way to say out the dua' for this purpose is already taught to us by Allah through His Quran as in  Al-Furqan: 74 below:

(وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا) 
[Surat Al-Furqan : 74] via @QuranAndroid

Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

And those who pray "Our Lord! Grant unto us wives and offspring who will be the comfort of our eyes and give us (the grace) to lead the righteous."


Subhanallah. Allah has taught us every single thing in this beautiful kitab that he presented to us through His Beloved Messenger, Muhammad SAW. He even taught us how to ask from HIM. That's the beauty of his words in Quran. There are many more wonders in Quran that I have yet to endeavor.  I am ashamed of it. I ashamed of myself for not devoting myself to studying the content of the Quran.

Ya Allah, ampunilah hamabaMu ini.

Ya Allah, berikanlah kepada kami ilmu yang Engkau berkati, serta lapangkanlah masa kami untuk kami menimba ilmu ini. 

Wallahua'lam.

Saturday, July 27, 2013

Janji Allah tentang AlQuran

Salam alaykum.

Ini perkongsian ilmu dari siri tazkirah Ramadhan.

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلَاوَتِهِ أُولَٰئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ ۗ وَمَنْ يَكْفُرْ بِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
[Surat Al-Baqara : 121] via @QuranAndroid

Janji Allah pada yang membaca alQuran. Yang dikehendaki adalah baca dengan sebenar-benar pembacaan.

Tafsiran Abdullah Ibnu Mas'ud mengatakan bahawa sebenar2nya bermaksud
1. Menghalalkan apa yang alquran halalkan
2. Mengharamkan apa yang alQuran haramkan.
3. Baca mengikut cara ianya diturunkan.
4. Jangan ubah susunan dari yang asal.
5. Tafsir mesti ikut cara yang betul

Wallahua'lam.

Friday, July 26, 2013

Doa lagi.: Al-Anbiya (87)

Assalam alaykum.

Another piece of du'a from the words of Allah, alQuran alKareem.

(وَذَا النُّونِ إِذْ ذَهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَنْ لَنْ نَقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَىٰ فِي الظُّلُمَاتِ أَنْ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ)
 [Surat Al-Anbiya : 87 via @QuranAndroid

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".


(فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْغَمِّ ۚ وَكَذَٰلِكَ نُنْجِي الْمُؤْمِنِينَ)
 [Surat Al-Anbiya : 88] via @QuranAndroid

Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).


Janji Allah itu pasti. Pertolongan Allah itu datangnya dalam pelbagai bentuk yang tidak disangka-sangka. Yakinlah bahawa setiap ketentuan Allah itu ada hikmahnya dan akan meningkatkan keimanan kita bilaman kita redha dan berserah padaNya.

Wallahua'lam.

Perang Badar itu. ...

Ini perkongsian dengan yang disampaikan oleh Ustaz Tuan Norhisyam pada kuliah subuh pagi ni di Surau alMawaddah.

Penting belajar sejarah terutamanya sejarah Islam.

Kisah perang Badar bermula bilamana nabi menyekat rombongan perdagangan quraish sebagai membalas tindakan quraish mekah terhadap org islam semasa di mekah.

Kata2 Saad bin Waqas tentang sejarah:
"Kami mengajar anak2 kami setiap peperangan yg dilalui rasulallah satu persatu sptmana kami mengajar quran satu persatu."

Dari sejarah kita belajar siasah dan strategi pentadbiran. Utk menewaskan musuh lumpuhkan ekonomi musuh.

Maka ketika Badar, nabi menghantar risikan utk meninjau kekuatan rombongan quraish ketika itu. Nabi mengajak sahabat utk turut serta menyekat rombongan dagangan Abu Sufyan tanpa paksaan. Kekuatan Islam hanyalah dlm lingkungan 300 org, ada riwayat mengatakan 313 org. Kekuatan kumpulan Islam tanpa kelengkapan dan hanya memiliki 2 ekor kuda yang ditunggang secara bergilir2.

Abu Sufyan pula menghantar utusan meminta bantuan dari Mekah. Dari segi kekuatan quraish, jumlah meriwayatkan terdapat 1300 org dikerah oleh Abu Jahal dengan tajaan unta utk memerangi org islam. Abu Sufyan juga bertindak dengan menukar laluan yang agak jauh dan menghindari Madinah. Setelah melepasi Madinah, Abu Sufyan menghantar utusan sekali lagi memaklumkan bahawa barang dagangan telah selamat tetapi Abu Jahal berkeras utk meneruskan perjalanan ke Badar utk memerangi kaum Islam. 300 org dari kabilah kafir berpatah balik dan hanya 1000 meneruskan perjalanan mengikut Abu Jahal ke Badar.

Nabi juga menerima maklumat bahawa Abu Sufyan telah melepasi Madinah dan tentera Abu Jahal sedang mara. Maka nabi bermesyuarat dan memaklumkan bahawa misi menyekat barang dagangan akan berubah kepada peperangan dan meminta pendapat para sahabat samada meneruskan atau berpatah balik. Sahabat yang bermesyuarat bersetuju utk turut serta dan meneruskan perjuangan. Termasuk yang bersetuju adalah wakil dari kaum ansar. Ini menunjukkkan wala' (kepatuhan serta taat setia) terhadap pemimpin selagimana tidak bertentangan dgn Islam.

Nabi menghantar sahabat utk membuat risikan. Dalam risikan sahabat terjumpa dgn 2 org Quraish yang sedang mencari air. Melalui 2 org tsb nabi mendapat maklumat tentang kedudukan tentera Abu Jahal tetapi tidak bilangan musuh. Kedua2 orq quraish tsb adalah penyedia makanan oleh iti mereka tidak pasti bilangan sebenar tentera. Kebijakan nabi dengan bertanya bilangan unta yg disembelih dengan kemudian membuat deduksi utk mendapat maklumat tentang bilangan tentera musuh.

Seterusnya nabi meneruskan perjalanan dan berhenti utk berkhemah di suatu tempat. Sahabat bertanya samada pemilihan tempat tersebut adalah wahyu dari Allah atau rasulallah. Maka rasulallah memberitahu bhw ianya pilihan baginda. Lalu sahabat mencadangkan agar berpindah ke kawasan yg hampir dgn punca air. Nabi dengan merendah diri bersetuju dgn cadangan sahabat. Ini menunjukkan kehebatan nabi sbg pemimpin dan sanggup mendengar pendapat dari org bawahan.

Pertolongan Allah dlm peperangan ini bagi mengatasi ketakutan sahabat adalah:
1. Turunnya tentera an-nu'as yang mendatangkan rasa mengantuk dan menghilangkan ketakutan.
2. Diturunkan hujan. Hujan akan membasahi badan2 tentera islam. Hikmah hujan adalah (i) menghilangkan rasa cemas dlm diri seseorang dan (ii) membolehkan para sahabat yg bermimpi bidadari mlm sebelumnya utk berjunub dan (iii) utk menetapkan tapak kaki tentera di bumi - kerana tanah basah di padang pasir memudahkan pergerakan.

Seterusnya kedua2 puak bertembung. Bermula dengan pertembungan satu sama satu. Tentera islam diwakili oleh Ali bin Abi Talib, Hamzah dan Ubaidah. Ketiga2nya menang. Dan peperangan bermula.

Abu Jahal berdoa: "Ya Allah. Muhammad memecah belahkan kaum. Hancurkanlah Muhammad."

Nabi juga berdoa: "Ya Allah sekiranya kumpulan ini kalah maka Kau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini."

Seterusnya peperangan berlaku dan malaikat diturunkan utk membantu Rasulallah.

Dalam riwayat nabi pernah bertanya Jibril siapakah antara malaikat yg mulia. Jawab Jibril adalah malaikat adalah yang menyertai perang Badar. Bukti:
1. Kepala tentera musuh yang dipenggal kepalanya ada kesan terbakar menunjukkan pedang yg menggunakan cahaya.
2. Diceritakan oleh tentera quraish yg terselamat dari perang Badar mengatakan bahawa mereka nampak tentera berkuda putih turun dari langit.

Diriwayatkan Abu Jahal terkorban dlm perang Badar ini. Dan dibunuh oleh 2 orang pemuda Islam.

Pertolongan Allah itu pasti. Kita teruskan berusaha dan berdoa kepada Allah. Allah membantu selagi hambaNya taat.

Wallahua'lam. 

Thursday, July 25, 2013

Doa Nabi Ibrahim

Assalamualaikum.

Ini doa ketika Nabi Ibrahim a.s hendak dibakar kaumnya.

(قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ) [Surat Al-Anbiya : 69] via @QuranAndroid

Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".

Wallahua'lam

Tuesday, July 23, 2013

Ayah dan Ibu : Al-Isra'(23)

Salam Alaykum.

Never fail to remember these two wonderful people who have raised and love us all their lives. Do not ever forget them even if they are are no longer with us.


(وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا)
[Surat Al-Isra : 23] via @QuranAndroid

 Thy Lord hath decreed that ye worship none but Him, and that ye be kind to parents. Whether one or both of them attain old age in thy life, say not to them a word of contempt, nor repel them, but address them in terms of honour. 

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Never say 'uh', never say 'ah', what more to shout at them. Speaks to them softly with love. Listen to them even if it is unbearable.  They have done it with you years before. They bear with your tantrums. They listened to your wishes. Just obey them.

Wallahua'lam. 

Sunday, July 21, 2013

La in shakartum. ... Ibrahim:7

Assalamualaikum,

Janji Allah itu pasti. Yakinlah pada ayat-ayat Allah. Kata-kata Allah yang disampaikan kepada Nabi Muhammad melalui perantara Malaikat Jibril.

Dalam Surah Ibrahim: 7


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ 

[Surat Ibrahim : 7] via @QuranAndroid

Dan ingatlah ketika Rabbmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat tersebut) kepada kamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih".


Kita sering mendengar ungkapan ini disebut oleh para asatizah dalam siri kuliah dan kelas-kelas pengajian. Ayat ini merupakan ayat Makkiyah, diturunkan di Mekah. Dalam ayat ini ianya mengisahkan Kaum Nabi Musa yang telah Allah selamatkan mereka dari azab dan siksaan dari Firaun. Ianya merupakan peringatan dari Allah kepada Bani Israil supaya bersyukur kerana telah dibebaskan dari azab dan beroleh nikmat (terlepas dari azab itu merupakan satu nikmat). Dan Allah memberi amaran jika sesiapa mengingkari nikmat Allah (tidak bersyukur), maka Allah akan turunkan azab.

Menurut Ibnu Katsir, azab boleh berupa dengan diambil nikmat oleh Allah SWT dan digantikan dengan seksaan.

Dalam sebuah hadis (dari Tafsir Ibnu Katsir) yang tidak dinyatakan sanadnya:

"Sesungguhnya seorang hamba dapat terhalangi dari rezekinya disebabkan perbuatan dosa yang dilakukannya."

Jadi... mari kita beristighfar, memohon ampun, bermunajat dan berusaha memperbaiki diri agar tidak termasuk dalam golongan yang engkar. Allahu Akbar.

Wassalam.

Tuesday, July 16, 2013

Taat pada Allah dan Rasul

Assalamualaykum.

Its sharing time again. This is a piece of the verse from surah an Nisa. This piece of verse from Allah SWT is as a proof for us the muslimin to live and be guided ONLY by alQuran and asSunnah. We need to elect among us a leader and ONLY to follow the leader if his leadership is guided by Quran and AsSunnah.
This is something that I gathered while listening to Madrasah AlHijrah which discusses about "Ketaatan pada Hadis".

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ ۖ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
[Surat An-Nisa : 59] via @QuranAndroid

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

I guess many would say, "yeah, I know this. I know that we must follow alQuran and AsSunnah. I know it long time ago. For all my life as a muslim".  Yes. I agree. I knew it long time ago as well. As long as I live. The only big question that each of us must answer is HOW WELL HAVE YOU TRANSLATED THE WORD 'GUIDED' IN YOUR DAILY LIFE??

As a simple test, during this month of Ramadhan, what is the dua' that Rasulallah SAW will normally recite before iftar? Please click here for answer.

If you got it correct, Alhamdulillah, you have translated well one of the many guides by the hadith and asSunnah. If not, there is always room for improvement.

Lets make today a better day than yesterday.

Wallahua'lam.

Monday, July 15, 2013

Al Maedah:48

Assalamualaykum,

Why suddenly this surah? I have always wanted to know where does the phrase " فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ ۚ   " comes from. From which surah and verse. I frequently heard people using this phrase in their conversation and so do the asatizah in their preaching. When I come across this ayat this morning, I just need to mark it. So I think it it is wise to also share it.

In Tafseer Ibnu Katsir, these verses were the words of Allah that praises the Quran ul-kareem. And it is also a markor order from Allah SWT for his 'abd (mankind) to be guided by this kitab in all the doings.

(وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ ۖ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ ۚ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا ۚ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَٰكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۖ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ ۚ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ) 
[Surat Al-Maeda : 48] via @QuranAndroid

English Translation:
And unto thee have We revealed the Scripture with the truth, confirming whatever Scripture was before it, and a watcher over it. So judge between them by that which Allah hath revealed, and follow not their desires away from the truth which hath come unto thee. For each We have appointed a divine law and a traced-out way. Had Allah willed He could have made you one community. But that He may try you by that which He hath given you (He hath made you as ye are). So vie one with another in good works. Unto Allah ye will all return, and He will then inform you of that wherein ye differ.

Melayu:
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. 

This verse is also a mark that alQuran is the last kitab sent by Allah through His Messenger, Muhammad SAW and to disregard all the earlier kitab sent through other prophets.

Wallahua'lam.


Saturday, July 13, 2013

Malu.....

Assalamualaykum.

Alhamdulillah. Ada halwa telinga dan ubat hati di tengahari Ramadhan ke 4 ini. Dalam terik panas, dapat pula keindahan raudhah di dalam hawa dingin. Semoga beroleh keberkatan oleh Allah SWT.

Ustaz Amran dari Bukit Jelutong, Shah Alam berkongsi ilmu tentang malu. Penting juga nak kena tahu tentang malu sebab hadis nabi bersabda bahawa malu ini sebahagian dari iman. Maksudnya orang yang beriman ni perlu ada sifat malu.

1. Malu dengan melihat tentang kesempurnaan ciptaan Allah terhadap diri sendiri.

Allah menciptakan kita dengan segala kesempurnaan untuk memudahkan kita beribadat tapi alangkah malunya kita kerana tidak menggunakan kesempurnaan ini untuk menghambakan dan beribadat kepada Allah.

2. Malu dengan bermuhasabah tentang diri sendiri.

Lihat sekeliling dan berpandangan dengan prasangka baik terhadap segala kebaikan yang dilakukan oleh orang lain.

Beramal dengan amalan seperti yang dilakukan oleh kekasih Allah, Rasulallah SAW. Malulah kita kerana Rasulallah yang merupakan kekasih Allah yang dijamin syurga tapi masih beribadat bersungguh-sungguh kerana beliau malu pada Allah. Malu dengan kurniaan Allah.

Dengan sifat malu akan dapat mendekatkan diri kita dengan Allah.

Bagaimana nak melahirkan rasa malu:
1. Pelihara kepala dan apa yang ada di dalamnya.

Pelihara pancaindera yang berada di kepala. Mata, telinga dan mulut. Guna pancaindera untuk mendekatkan diri pada Allah.
Pelihara mata. Jaga pandangan.
Pelihara mulut. Jangan berkata-kata yang tidak bermanafaat.
Pelihara telinga. Dengarkan hanya kata-kata yang baik. Dengarkan zikir dan ayat2 alQuran.

Apa yang di dalamnya adalah Aqal iaitu otak.
Pelihara aqal agar redha dan berfikir tentang kurniaan Allah.

2. Jaga perut dan isinya.
Makanan hendaklah dari yang halal sumbernya.

3. Tinggalkan kemewahan dunia yang melampau.
Dunia itu hanyalah permainan semata2

4. Ingat pada mati dan buat persiapan.

5. Ingat pada kesusahan dan redha.

Mudah-mudahan akan lahirlah rasa malu terhadap Allah dalam diri kita.

Wallahua'lam.

Surah Yunus : 7-8

Assalamualaykum.

Peringatan ringkas untuk kita. Agar kita tidak menjadikan dunia matlamat kita. Dunia ini adalah tempat bermain, akhirat yang kekal abadi.

Allah telah menjanjikan bahawa tidak Allah jadikan manusia dan jin kecuali untuk menyembah diri padaNya.

Dunia ini pula dijadikan jambatan untuk kita menentukan hala tuju, tempat yang kekal abadi.

Subhanallah. ... Sejauh manakah kita ini dalam mengamati, mentadabbur ayat-ayat Allah ini?

Wallahua'lam.