Perang Badar itu. ...

Ini perkongsian dengan yang disampaikan oleh Ustaz Tuan Norhisyam pada kuliah subuh pagi ni di Surau alMawaddah.

Penting belajar sejarah terutamanya sejarah Islam.

Kisah perang Badar bermula bilamana nabi menyekat rombongan perdagangan quraish sebagai membalas tindakan quraish mekah terhadap org islam semasa di mekah.

Kata2 Saad bin Waqas tentang sejarah:
"Kami mengajar anak2 kami setiap peperangan yg dilalui rasulallah satu persatu sptmana kami mengajar quran satu persatu."

Dari sejarah kita belajar siasah dan strategi pentadbiran. Utk menewaskan musuh lumpuhkan ekonomi musuh.

Maka ketika Badar, nabi menghantar risikan utk meninjau kekuatan rombongan quraish ketika itu. Nabi mengajak sahabat utk turut serta menyekat rombongan dagangan Abu Sufyan tanpa paksaan. Kekuatan Islam hanyalah dlm lingkungan 300 org, ada riwayat mengatakan 313 org. Kekuatan kumpulan Islam tanpa kelengkapan dan hanya memiliki 2 ekor kuda yang ditunggang secara bergilir2.

Abu Sufyan pula menghantar utusan meminta bantuan dari Mekah. Dari segi kekuatan quraish, jumlah meriwayatkan terdapat 1300 org dikerah oleh Abu Jahal dengan tajaan unta utk memerangi org islam. Abu Sufyan juga bertindak dengan menukar laluan yang agak jauh dan menghindari Madinah. Setelah melepasi Madinah, Abu Sufyan menghantar utusan sekali lagi memaklumkan bahawa barang dagangan telah selamat tetapi Abu Jahal berkeras utk meneruskan perjalanan ke Badar utk memerangi kaum Islam. 300 org dari kabilah kafir berpatah balik dan hanya 1000 meneruskan perjalanan mengikut Abu Jahal ke Badar.

Nabi juga menerima maklumat bahawa Abu Sufyan telah melepasi Madinah dan tentera Abu Jahal sedang mara. Maka nabi bermesyuarat dan memaklumkan bahawa misi menyekat barang dagangan akan berubah kepada peperangan dan meminta pendapat para sahabat samada meneruskan atau berpatah balik. Sahabat yang bermesyuarat bersetuju utk turut serta dan meneruskan perjuangan. Termasuk yang bersetuju adalah wakil dari kaum ansar. Ini menunjukkkan wala' (kepatuhan serta taat setia) terhadap pemimpin selagimana tidak bertentangan dgn Islam.

Nabi menghantar sahabat utk membuat risikan. Dalam risikan sahabat terjumpa dgn 2 org Quraish yang sedang mencari air. Melalui 2 org tsb nabi mendapat maklumat tentang kedudukan tentera Abu Jahal tetapi tidak bilangan musuh. Kedua2 orq quraish tsb adalah penyedia makanan oleh iti mereka tidak pasti bilangan sebenar tentera. Kebijakan nabi dengan bertanya bilangan unta yg disembelih dengan kemudian membuat deduksi utk mendapat maklumat tentang bilangan tentera musuh.

Seterusnya nabi meneruskan perjalanan dan berhenti utk berkhemah di suatu tempat. Sahabat bertanya samada pemilihan tempat tersebut adalah wahyu dari Allah atau rasulallah. Maka rasulallah memberitahu bhw ianya pilihan baginda. Lalu sahabat mencadangkan agar berpindah ke kawasan yg hampir dgn punca air. Nabi dengan merendah diri bersetuju dgn cadangan sahabat. Ini menunjukkan kehebatan nabi sbg pemimpin dan sanggup mendengar pendapat dari org bawahan.

Pertolongan Allah dlm peperangan ini bagi mengatasi ketakutan sahabat adalah:
1. Turunnya tentera an-nu'as yang mendatangkan rasa mengantuk dan menghilangkan ketakutan.
2. Diturunkan hujan. Hujan akan membasahi badan2 tentera islam. Hikmah hujan adalah (i) menghilangkan rasa cemas dlm diri seseorang dan (ii) membolehkan para sahabat yg bermimpi bidadari mlm sebelumnya utk berjunub dan (iii) utk menetapkan tapak kaki tentera di bumi - kerana tanah basah di padang pasir memudahkan pergerakan.

Seterusnya kedua2 puak bertembung. Bermula dengan pertembungan satu sama satu. Tentera islam diwakili oleh Ali bin Abi Talib, Hamzah dan Ubaidah. Ketiga2nya menang. Dan peperangan bermula.

Abu Jahal berdoa: "Ya Allah. Muhammad memecah belahkan kaum. Hancurkanlah Muhammad."

Nabi juga berdoa: "Ya Allah sekiranya kumpulan ini kalah maka Kau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini."

Seterusnya peperangan berlaku dan malaikat diturunkan utk membantu Rasulallah.

Dalam riwayat nabi pernah bertanya Jibril siapakah antara malaikat yg mulia. Jawab Jibril adalah malaikat adalah yang menyertai perang Badar. Bukti:
1. Kepala tentera musuh yang dipenggal kepalanya ada kesan terbakar menunjukkan pedang yg menggunakan cahaya.
2. Diceritakan oleh tentera quraish yg terselamat dari perang Badar mengatakan bahawa mereka nampak tentera berkuda putih turun dari langit.

Diriwayatkan Abu Jahal terkorban dlm perang Badar ini. Dan dibunuh oleh 2 orang pemuda Islam.

Pertolongan Allah itu pasti. Kita teruskan berusaha dan berdoa kepada Allah. Allah membantu selagi hambaNya taat.

Wallahua'lam. 

Comments