Friday, December 26, 2008

Dah Submit ...

Alhamdulillah ... akhirnya aku dah berjaya menyiapkan penulisan tesis PhD ku.

Alhamdulillah juga diberikan ilham padaku untuk mengarang ayat-ayat teknikal untuk penulisan ini. Semuanya dengan izinMu Ya Allah.

Bagai lintang pukang hidupku waktu nak menyiapkan tesis tu. Alhamdulillah anak-anak ada di kampung. Dapur memang tak berasap langsung selama seminggu. Orang kata duduk berdua macam honeymoon ... sorry .... masing-masing extremely busy. My husband pun balik kerja after 9pm. Aku sendiri pun balik lepas maghrib.

Apa-apa pun, kini cabaran peringkat kedua bermula. Nak buat persediaan untuk VIVA ----------- SERAMnya ...........

Ya Allah berilah kepetahan lidah untuk berkata-kata, dan permudahkan lah urusanku.

Amin.

Tuesday, December 2, 2008

It's PhD Again



Alhamdulillah.

Even not fully complete, i'm almost there. The final full stop will be tomorrow. InsyaAllah, dengan izinNya, esok aku bakal menyudahkan penulisan tesisku.

Ya Allah! Apa yang aku lakukan ini bukan untuk bermegah, jauh sekali untuk membangga diri. Pelihara lah hati ini. Jauhi dari rasa riak dan takabbur. Aku melakukan ini keranaMu Ya Allah. Untuk ummah, untuk suami dan ibubapa, untuk anak-anak. Semoga engkau redhai dan berkati. Amin.



Ehem! Ehem! Dreaming already ......? VIVA belum lagi tau!

Saturday, November 22, 2008

PhD Lagi

Another one of my friend passed PhD viva. All eyes are on me now. My dateline is 27 nov. Can i meet the dateline? Ya ALLAH! I am working towards it now. I am quite sure i can make it, dgn izin Allah.

Friday, October 17, 2008

PhD oh! PhD

Dah lama tak update blog ni. Hari ni terasa nak meluahkan perasaan.

PhD Oh! PhD ....

Seronoknya melihatkan ucapan tahniah yang diberikan oleh pelbagai pihak bila ada sesama kekawan yang berjaya melepasi viva. Aku ni bila lagi????? Kenapa la susah sangat nak menulis ni. Bila bersemangat sikit ... tulis sikit ... ada aje kerja yang nak kena buat.

Azam baru ni ... setiap hari akau kena update at least 10 pages of my thesis. Setakat ni dah berjaya identify areas yang perlu ditambah. Kena berusaha! Mesti berusaha! Macam mana lagi aku nak motivate diri sendiri.

I've always tell others who are about to do their PhD, the most important thing in doing PhD is your inner strength. My inner strength? Where are they?

Aku selalu membayangkan kekuatan dan semangat untuk terus berjuang dalam PhD ini seperti lilin yang menyala. Ketika mula dinyalakan, apinya membakar dengan marak sekali, lama kelamaan, apinya hampir terpadam apabila ditiup angin. Perlu bangkit semula, menepis anasir angin tadi untuk terus menyala. Aku ibarat lilin yang sudah hampir penghujung. Aku MESTI terus menyala sebelum kesemua sumbuku habis terbakar.

Please help .....................

"Ya Allah. Hanya padaMu aku bermohon agar aku terus diberi kekuatan untuk menyipkan penulisan ku ini."



Ada kalanya seolah2 apa yang aku lakukan ni, tiada apa yang boleh dibanggakan sedangkan bila melihatkan apa yang dilakukan oleh orang lain, lebih kurang je .... of course dalam bidang yang sama.

Dulu2 aku selalu berdoa, agar aku tidak diberikan PhD sekiranya dengan PhD itu boleh menimbulkan riak dan bangga diri dalam diri ini. Mungkin sebab itu lah aku belum berjaya menyiapkannya, sedangkan aku bukan orang yang sebegini semasa belajar sebelum ini. Tapi rasanya, sekarang ni sudah tidak ada lagi rasa bangga diri tu, sebaliknya rendah diri pula kerana orang yang buat lebih lambat dari aku pun dah berjaya menyiapkannya.

Aku berazam, aku mesti menyiapkannnya. Semoga kekuatan dalaman ku kembali lagi.

"Hanya padaMu Ya Allah aku pohon keredhaan terhadap apa yang aku kerjakan ini" Amiiin.







Thursday, September 4, 2008

Tuhan! Kami Rindukan Naungan Wahyumu

Menentukan pendirian di zaman yang penuh kekeliruan dan pancaroba ini adalah sesuatu yang amat sukar. Banyak perkara yang beritanya itu begitu banyak, tetapi untuk memastikan yang benar mengenainya bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi barangkali zaman kita ini zaman kekeliruan dan kemunculan begitu ramai ruwaibidoh.

Nabi s.a.w pernah bersabda: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” (Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan asnadnya sahih dan ini disetujui oleh Al-Zahabi).

Zaman ini mungkin, jika umat tidak berhati-hati maka ramai pengkhianat diangkat sebagai hero atau pembela masyarakat. Ramai pula yang jujur dan bercakap benar, dianggap sebagai pembohong dan pendusta. Ramai pula yang tidak amanah ditabalkan dengan berbagai-bagai gelaran kemuliaan. Sementara yang amanah dan jujur akan dipinggirkan. Hanya mereka yang memiliki jiwa yang luhur yang mampu membuat keputusan yang benar.

Justeru, Nabi SAW mengajar doa yang baik untuk diamalkan, terutama bagi kita pada zaman seperti ini, antaranya: Daripada Umm Salamah, katanya: Nabi tidak pernah keluar dari rumahnya sama sekali melainkan baginda mengangkat matanya ke langit dan bersabda: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada aku sesat atau disesatkan, gelincir atau digelincirkan, menzalimi atau dizalimi, bodoh atau aku diperbodohkan” (Riwayat al-Nasai, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Albani).

Baginda menunjukkan kepada kita contoh dan peringatan yang baik. Betapa hidup ini jika tidak dengan bimbingan Allah, nescaya manusia akan tersesat jalan. Mungkin seseorang insan akan tersesat atau dia disesatkan oleh orang lain. Atau sendiri tergelincir dari jalan kebenaran, atau digelincirkan oleh orang lain. Mungkin juga dia menzalimi orang, atau orang lain menzaliminya. Atau dia bertindak secara bodoh atau orang lain menyebabkan dia menjadi bodoh. Ya! Rabb, hanya Engkau mampu melindungi.

Pada zaman ini, pelbagai berita datang dari bermacam penjuru. Bagaikan kilat, bahkan mungkin lebih pantas daripada kilat. Kemudahan teknologi telah bertukar menjadi kesusahan kehidupan yang mencetuskan segala rasa ketidaktenteraman, keraguan, kekacauan maklumat dan fitnah. Sehingga kita kadang-kala tidak dapat lagi membezakan antara yang benar dan yang salah. Tidak dapat membezakan lagi antara berita fasik atau berita soleh atau berita lagha (sia-sia).

Jika al-Quran mengajar kita: (maksudnya): “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum (dengan perkara yang tidak diingini) dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.(Surah al-Hujurat ayat 6).

Malangnya kita pula berada pada zaman yang walaupun era teknologi tetapi penggunanya sukar untuk dibezakan antara yang soleh dan fasik. Ramai yang menampakkan dirinya soleh, hakikat mereka ialah golongan jahat yang mencetuskan berita-berita fasik lagi bohong. Bahkan bukan sedikit yang mengkaburkan kita dengan mendakwa segala tuduhan orang kepada dirinya semua bohong dan khianat, sementara jika dia menuduh orang lain pula semua benar dan betul. Padahal, mungkin kesemua mereka yang bersandiwara itu hanyalah penyangak dan penyamun.

Jika berita itu tajaan ‘Amerika dan konco-konconya’, maka ramai pula orang yang baik dan soleh disenarai hitamkan sebagai pengganas. Rakyat Palestin yang dibunuh saban hari dituduh sebagai pengganas kerana menentang dajal Israel yang merupakan Tuhan Politik Amerika. Demikian mana-mana umat Islam yang bumi mereka diceroboh akan ditabalkan sebagai pengganas jika menentang pihak yang menceroboh apabila penceroboh itu bersekongkol dengan Amerika. Wajah para pejuang yang jujur dan baik sentiasa buruk pada nilaian media tajaan Amerika dan Yahudi, jika perjuangan itu tidak mendapat restu atau berlandaskan garis panduan yang ‘diredai’ oleh Amerika.

Betapa ramai insan muslim yang tidak membuat sebarang jenayah cuba diheret oleh Amerika ke kandang orang salah hanya kerana perasaannya membenci kezaliman dan kedajalan Amerika. Entah berapa ramai ulama yang Amerika labelkan mereka sebagai pengganas dan dipaksa kerajaan-kerajaan mereka bertindak ke atas mereka tanpa dosa yang nyata. Dunia media Amerika penuh dengan pembohongan.

Generasi kita pula, tidak semua mempunyai kemampuan membezakan antara berita yang benar diolah secara jahat, atau berita bohong yang ditipu secara terang atau berita palsu yang diriwayat secara indah. Maka terzalimlah banyak pihak. Justeru kadang-kala kita tidak hairan apabila umat Islam yang beriman dan ikhlas sama ada di Barat atau Timur mempunyai kerisauan, atau berhati-hati atau salah sangka jika seseorang tokoh agama atau politik muslim itu begitu dipuja oleh media-media tajaan Amerika. Dunia fasik ini amat mengelirukan kita.

Kehidupan juga demikian pada zaman ini. Entah berapa ramai yang menggunakan agama untuk membohongi orang lain. Betapa banyak serban dan jubah digunakan untuk melariskan barang atau untuk mengutip derma yang akhirnya masuk ke kocek sendiri. Betapa ramai pula penceramah agama yang membaca nas-nas sama ada palsu atau dimanipulasikan demi melakukan barang jualannya. Entah berapa banyak nas al-Quran dan al-Sunnah digunakan untuk mendapat kuasa dan harta. Padahal cita-cita politik dan harta mereka tidak pula bertujuan mendaulatkan ajaran Allah dan Rasul-Nya.

Ini bukan perkara baru, tetapi telah lama bermula. Firman Allah: (maksudnya): Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab (Taurat) dengan tangan mereka (mengubah perkataan Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini datang dari sisi Allah”, supaya mereka dapat membelinya dengan harga yang murah (keuntungan dunia yang sedikit). Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. (Surah al-Baqarah: 79).

Dalam dunia politik tanpa bimbingan wahyu, segalanya mungkin. Pembohongan bagaikan rukun politik yang tidak sah tanpanya. Demi kuasa, segala pembohongan boleh saja ! Saya amat kagum dengan tokoh agung umat ini Sufyan al-Thauri (meninggal 161H) yang pernah berkata : “Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya” (al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 7/262). Maka dalam soal kuasa segalanya boleh berubah.

Politik yang sepatutnya merupakan usaha menggabungkan tenaga untuk memikir kebaikan umat dan merancang masa depan yang lebih diredai untuk masyarakat dan negara telah bertukar menjadi medan ‘londeh-melondeh’ antara satu sama lain. Ketajaman pemikiran yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan umat telah digunakan untuk menjatuhkan sesama sendiri. Caci-maki, kata-nista, tuduh-menuduh telah menghiasi corak politik warisan penjajah ini. Penyakit ini dihidapi termasuklah yang menggunakan nama Islam dalam berpolitik.

Akhirnya, kerana kuasa, banyak prinsip dan nas yang sudah dilupakan. Maka tidak hairanlah jika Abu Musa ra. al-Asy‘ari menceritakan “Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi SAW. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Jika mengikut prinsip Islam, semua mereka yang gila ingin mendapatkan kuasa itu, hilang kelayakan untuk memimpin umat.

Kegilaan kuasa adalah lambang kedangkalan tentang hakikat kehidupan dunia dan akhirat. Mungkin jika perkara ini disebut kepada orang politik mereka kata “itu cakap yang tidak canggih dalam politik”. Namun mereka lupa, sistem politik perebutan kuasa warisan demokrasi penjajah yang meninggalkan keharmonian sistem Syura dalam Islam itulah yang telah membawa politik kita ke kancah permainan wang, permusuhan, pragmatisme yang melupai prinsip dan segala keburukan yang lain. Sabda Nabi SAW: “Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ia akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ia sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari).

Dalam Islam, tanggungjawab kita membaiki keadaan politik, bukan menggilai kuasa politik jatuh ke tangan sendiri. Apabila kuasa itu menjadi kegilaan, maka kawan akan tikam kawan, sahabat akan bunuh sahabat, yang berpakat akan berpecah, yang berbeza prinsip dan dasar akan berpakat, yang tidur sebantal akan mimpi berbeza, bahkan mungkin membunuh kongsi dalam mimpinya. Itulah politik yang meminggirkan wahyu.

Meminta jawatan kepimpinan dalam Islam adalah dilarang melainkan dalam keadaan darurat apabila keadaan memaksa seseorang mendapatkannya untuk menyelamatkan umat. Itupun, hendaklah penuh dengan tawaduk dan merendah diri kepada Allah SWT. Usaha untuk mendapatkan jawatan itu dijadikan ibadah yang dijaga disiplin dan peraturannya. Ini seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Yusuf a.s. yang pernah kita sebutkan.

Firman Allah ayat 55-56: (maksudnya) Yusuf berkata: “Jadikanlah aku mentadbir perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya. Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; dia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan”.

Dalam jiwanya insan mukmin soleh yang terpaksa mendapatkan kuasa itu bukan kegilaan kepada kuasa, tetapi tuntutan dan tanggungjawab membimbing manusia ke arah kehidupan yang berpandukan wahyu Ilahi. Tidak kerana ingin membalas dendam, juga bukan sekadar untuk menurunkan harga barang atau menghapuskan rasuah.

Tanggungjawab kepimpinan lebih daripada itu. Tanggungjawab pemimpin adalah membawa kita semua ke dataran yang diredai Allah, menyelamatkan rakyat dari kemusnahan hidup di dunia dan keburukan hidup di akhirat. Dari diri yang insaf dan mendampingi Allah, lidah yang memuja dan memuji kebesaran-Nya dibangunkan niat dan usaha untuk membaiki urusan pemerintahan. Tidak kerana kuasa yang diidamkan, tidak juga kerana harta yang ingin dikumpulkan.

Ini dapat dilihat dalam kehidupannya secara peribadi yang berpandukan wahyu, mereka yang di sekelilingnya yang terdiri daripada insan-insan soleh dan mematuhi arahan Allah dan rasul-Nya, bukan insan-insan ‘yang dicurigai’. Jika ini terjadi, tamatlah politik wang, maki hamun, londeh-melondeh, tuduh-menuduh dan matlamat menghalalkan cara seperti yang kita lihat pada gelagat ‘artis-artis’ politik kita pada hari ini.

Kita rindukan kuasa politik kita jatuh ke tangan insan-insan yang seperti ini. Sesungguhnya sudah sampai masanya untuk dilakukan tajdid (pembaharuan) menyeluruh kepada landskap politik kita yang kian serabut dan berselerak. Kita rindukan kempen politik yang penuh harmoni dan mengingatkan kita kepada Allah dan menjauhkan kita dari kegilaan kuasa. Kita rindu mereka yang memasuki daerah politik hanya kerana kejujuran bukan kerana ‘ketagihan kuasa’. Kita rindukan mereka yang seperti ‘Umar bin al-Khattab yang berdoa agar Allah mengambil nyawanya sebelum dia mencuaikan tugasannya. Kita rindukan watak ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz yang menangis bersendirian bimbang kegagalan menunaikan amanah Allah. Kita rindukan kejujuran dan amanah yang menghiasi kecepatan dan ketangkasan dalam bersiasah. Ya Allah! Kami rindukan politik di bawah naungan wahyu-Mu!

Thursday, August 28, 2008

Ramadhan Untuk DiHayati

dipetik dari http://www.yusofembong.blogspot.com/


JADUAL HARIAN MUKMIN DI BULAN RAMADHAN
.
4.00 PAGI
1. Bangun tidur dan baca doa.
2. Berniat untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan pada hari ini.
3. Mandi dan membersihkan diri.
4. Mengambil wudhu' dan memakai pakaian yang suci dan wangian.

4.30 PAGI

1. Solat sunat Taubat (التوبة) 2 rakaat.
-Angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa lalu.
2. Solat sunat Tahajjud 2/4… rakaat.
–Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Solat sunat Hajat 2 rakaat.
-Ketika sujud terakhir sertakan di dalam hati segala hajat ‘DUNIAWI & UKHRAWI.
4. Solat sunat Witir 3, 5, 7, 9 ATAU 11 rakaat.

5.Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita dan menerima amalan kita.
6.Baca dan tadabburlah al- Quran.
7.Berzikir.

5.15 PAGI
1.Makan sahur
2.Bersiwak atau mengosok gigi dan membersihkan mulut.

5.30 PAGI
1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat/berzikir.
2.Solat sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah dan berwirid atau membaca ma’thurat.
3. Baca dan tadabburlah al-Quran.

10.00 PAGI

1.Sembahyang sunat Dhuha 2/4/6/8 rakaat.
2. Bersedekah harta/tenaga.
3. Baca dan tadabburlah al-Quran walaupun beberapa ayat sahaja.

12.45 tengahari

1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat/berzikir
3.Solat Zohor berjemaah.
4.Laksanakan juga solat sunat Rawatib.
5. Baca dan tadabburlah al-Quran.

4.00 PETANG

1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Laksanakan solat sunat Qabliyah.
3.Solat Asar berjemaah.
4.Berwirid atau membaca ma’thurat.
5. Baca dan tadabburlah al-Quran.

5.30 PETANG

1. Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih serta tidak membazir dan boros.
2.Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

6.30 PETANG

1.Siap sedia anak isteri untuk berbuka puasa.
2.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah saat dimustajabkan doa.
3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak. Solat maghrib berjemaah.

8.00 MALAM

1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih
2.Bacalah Al-Quran dengan penuh tadabburتدبر , seeloknya baca dengan bertadaarus (seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatam-kan Al-Quran.

11.00 MALAM

1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.“Berniatlah untuk puasa esok hari .
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur.
5.Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENJALANI IBADAH PUASA TAHUN LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN YANG LALU.

Semoga kita mendapat apa yang dijanjikan oleh ALlah sekiranya berpuasa dengan sempurna iaitu KEAMPUNAN DOSA dan BEBAS DARI NERAKA.


Ramadhan Al-Mubarak





Grafiks dipinjam dari Blog kerabubersuara's

Ramadhan ... Datang Lagi
Datang Membawa Peluang
Pergi Entah Berulang

Peluang beribadat
Untuk HambaNya yang taat
Entah ketemu entahkan tidak
Andai usia tidak dianjak

Ramadhan ... Bulan latihan
Melatih diri banyakkan istighfar
Merenung diri yang terkadang mungkar
Ya! ALLAH! Jauhkan diri dari alpa moga sedar

Apakah Ramadhanku tahun ini akan lebih baik dari sebelumnya?
Ya! ALLAH! Kentalkan istiqamahku dalam mendekatiMU

TuhanKU
Aku tidak layak untuk syurgaMU
tapi Aku tidak Sanggup
Untuk Menanggung Siksa NerakaMU
Dari itu Kurniakanlah
Keampunan kepadaKU ...

Sesunggunya Engkaulah Pengampun
Dosa-dosa Besar

Amin ... Ya Rabbal A'Lamin

~Ummu Hakim, August 2008,
Shah Alam







Tuesday, August 12, 2008

ALLAH Melihat ...

"Ibu, ALLAH satu saja kan?", tanya Sabrina membuka bicara setelah siap mandi setelah seharian di sekolah.

"Ya.", jawabku pendek sambil membelek surat khabar semalam sebelum mula menyinsing lengan baju untuk berperang dengan periuk dan kuali di dapur.

"Kalau ALLAH satu, macam mana ALLAH boleh nampak semua orang di dunia ni setiap masa?", tanya Sabrina lagi dengan penuh rasa ingin tahu.

Aku, terdiam sebentar. Terkesima. Kepalaku ligat menyusun jawaban yang seuai bagi kanak-kanak seusianya (7 tahun). Ingin saja aku simpulkan sebagai ALLAH MAHA MELIHAT. Tapi aku bimbang jawapan tersebut terlalu pendek untuk dijangkau akalnya.

"ALLAH kan tuhan. DIA kan yang paling Power, MAHA BERKUASA, MAHA BESAR. DIA boleh buat apa saja. Nampak apa saja. Walau di mana saja. Melihat ni kerja yang paling mudah. Jadi, sebab dia paling power dan MAHA MELIHAT, sebab tu lah dia boleh lihat kita di mana saja kita berada....", jawabku sebaik mungkin.

Sabrina berlalu pergi, aku sendiri tidak pasti apakah dia berpuas hati dengan jawapanku tadi.


Ya, ALLAH! Berikanku hikmahMU dalam memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anaku, zuriat keturunanku. Amin ......

Kesakitan ini ...

Innalillah .... ini yang kita ucapkan apabila ditimpa sesuatu musibah.

Kita selalunya tidak pernah mensyukuri sesuatu nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita sehinggalah nikmat tersebut di tarik dari kita walau untuk seketika. Tidak terkira banyaknya nikmat yang ALLAH berikan ini. Nikmat kesihatan, keamanan, nikmat makan dan minum dan pelbagai lagi.

Kaki ku terseliuh petang semalam. Entah macam mana aku tidak perasankan lubang di tepi jalan ketika ingin melangkah ke kereta setelah mengambil Ikmal Hakim dari taska. MasyaAllah ... sakitnya tidak terucap oleh kata-kata. Walau bagaimanapun akau masih bersyukur sebab tiada kecederaan serius yang berlaku. Tapi sepanjang kesakitan ini, kepayahan untuk bergerak, kesukaran untuk menunaikan solat dengan sempurna (ketika duduk antara dua sujud dan tahiyyat), menaiki dan menuruni tangga ... aku terkenangkan betapa aku tidak pernah mengambil pusing nikmat kesempurnaan berjalan dan menggunakan kaki ini dengan sempurna.

Ya ALLAH! Terlalu banyak nikmatMU, terlalu sedikit kesyukuran yang kami panjatkan. Ya ALLAH! Ampuni lah hambaMU ini ....

Tuesday, August 5, 2008

These are the places ....

SubhanAllah! Ya Allah! These are the places I am longing to be. Will I ever be there again?


Makkatul Mukarramah. I remember very well the first sight of Kaabah in front of my own eyes. Tears were running down my cheek. I could not help it. It's the feeling that no words can explain.

I can still remember that moment. Hajj 2003. It was just after solat Isya' at Masjidil Haram when our bus stopped to make way for throngs of muslims returning from performing their Isya' solat. We (ladies member of the group and me) have just arrived at our Hotel room which is overlooking the Masjidil Haram after a long journey from Malaysia, waiting for the bus at the Jeddah aiport and a long bus ride from jeddah to Mekkah.

Ust Hassan (our group leader) has scheduled for us to perform our tawaf and sa'i in the morning. None of us have perform our solat. When looking at the tower of Masjidil Haram, we knew it. We just could not wait for the morning to be in Masjidil Haram. We try to persuade our husband to accompany us to Masjidil Haram. But, since most of us were the first timer, Ust had to give in and brought us to Masjidil Haram that night. It was approximately 10.00 pm Saudi time. That was the moment when I first put my feet into this Holy place. A place that is protected by ALLAH. A place where ALLAH has promised rewards for those who perform solat in it.


What could I say?

ALLAHUAKBAR! SUBHANALLAH! MASYAALLAH!

There were so many peoplein front of Kaabah, everybody with one intention - to find solace, to give our self to the Creator. Ya AZIM.

Ya Rahman, Ya Rahim, may my prayer be answered for I shall again be there .... InsyaAllah.

Wassalam

Monday, August 4, 2008

Aduhai Isteri ...

Tulisan ini diambil dari blog Ust Zahazan Mohammed, UIA.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Rum ayat ke 21 maksudnya :
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
Menerusi ayat ini kita dapat melihat bahawa antara tanda kesempurnaan kejadian manusia ialah penciptaan teman hidup yang akan meneruskan kesinambungan kehidupan manusia di bumi.
Ayat yang menjurus kepada pembuktian tanda-tanda kekuasaanNya ini menghuraikan satu bentuk dari berbagai bentuk anugerahNya yang seringkali diabaikan.

Antara wasiat orang bijaksana yang dicatatkan oleh al-Jahidz dalam kitabnya al-Bayan wa al-Tabyeen tentang perspektif perkahwinan yang membahagiakan ialah pesanan isteri ‘Auf bin Muslim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah.

Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan panduan bagi orang yang menggunakan akal.Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'hamba' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'hamba' lelaki bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
  • Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
  • Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang tidak cantik daripadamu dan jangan sampai dia mencium bau yang busuk daripadamu.
  • Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
  • Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat kira-kira dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
  • Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu mengengkari perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan selamat daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bereseronok. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.Jadilah kamu orang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan kehendaknya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kegembiraannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang tidak kamu senangi dan Allah pasti memberkatimu.
Semoga dapat dijadikan panduan.

Jangan Bersedih

Salam.

Blogging ... I think I am beginning to like it.

Why?

1. I am able to express whatever I felt.
2. I am able to share something with others (if anybody reading it, ;-)).
3. I make myself read something so that I have 'things' to share.

What I would like to share today is just a bit of reading that I did this morning from the book "Jangan Bersedih: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia" by Dr. 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni.

He said,
  • Sebenarnya ubat anda terdapat dalam wahyu, baik yang berhasil dari al-Quran mahupun As-Sunnah.
  • Kesenangan anda berada dalam iman; penyejuk hati anda berada dalam solat; keselamatan kalbu anda berada dalam sikap redha; dan keteduhan perasaan anda berada dalam sifat qana'ah.
  • Sesungguhnya kecantikan wajah anda berada dalam senyuman; terpeliharanya kehormatan anda berada dalam hijab; dan ketenangan hati anda terletak pada zikir.


Kesimpulan yang boleh kita ambil dan praktikkan moga mendapat keberkatan:
  • Dalam apa jua permasalah yang kita hadapi di dunia ini, semestinya kita kembali kepada apa yang ditinggalkan oleh Rasulallah s.a.w. iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
  • Untuk berasa senang, tenang, kita mestilah sentiasa berada dalam iman. Mempercayai rukun iman dengan hati yang ikhlas, tiada keraguan padanya. Bersolat. Redha dengan segala pemberiannya dan bersifat qanaah.
  • Kecantikan wajah yang sebenar akan terpancar melalui senyuman yang ikhlas, pemeliharaan hijab yang sempurna dan zikir yang berterusan.
*QANAAH ialah kepuasan hati dengan rezeki yang ditentukan Allah (SWT)

Marilah bersama-sama kita cuba laksanakan ilmu yang diperolehi. Biar sedikit tapi yang penting istiqamah.

wallahua'lam.

Friday, August 1, 2008

My parents are going for Umrah Ramadhan


Salam.

My parents are going to perform Umrah? Subhanallah ....

Terkejut dan terkedu mendengarkan berita tersebut. Why? To some people, what's wrong with that? It's good. Spending money for something good. Why felt unhappy or worried? The fact is, my mother is 65 (well ... nothing wrong), and my father is 7 years older which makes him 72 years old! The fact is, my father was admitted to ICU for 12 days last May 2008. The fact is doctors were not giving us any hope that he might be with us again. That was what worried me ....

I pray to ALLAH to protect my parents in their journey to be in front of the holy Kaabah again. To give their soul to YOU, Ya ALLAH for I know that it is not proper for us, the children to stop them from going because we dearly know that it is what they wanted to do the most. They've been there countless time, the last was in 2000, a year before I perform my Hajj. They inspired my husband and me to perform our Hajj the following year.

On hearing the news, my tears started to flow, i just cannot help it. Suddenly, I felt that I will not be able to see them again after this. Ya ALLAH, ampuni lah hambaMu ini kerana merasa sedemikian.

Mak, Bapak .... pengorbanan kalian terlalu besar. Kasih sayang kalian tidak ternilai. Apa lah pengorbanan kami jika dibandingkan apa yang telah engkau lakukan untuk kami.

Mak adalah tempat aku meluahkan segala isi hati. Mak adalah tempat aku melepaskan kerungsingan. Sehingga kini, after being married for more than 10 years, I still turn to Mak when I'm depressed. Upon hearing her ever cheerful voice, my sadness is gone.

Bapak, kami membesar tanpa kehadiran bapa setiap hari kerana panggilan tugas yang memerlukannya berjauhan dari anak-anak tersayang demi membesarkan kami. Namun, kami amat merasai kasih sayangnya. Teringat kembali ketika 'berkampung' di luar ICU Seberang Jaya, titik-titik jernih kelihatan mengalir membasahi pipi kami, anak2mu. Abang dan Din tidak terkecuali. Air mata lelaki .... Kami berasa belum bersedia untuk berpisah dengan bapa. Tapi kami redha, detik itu pasti tiba. Mungkinkah anakmu yang akan meninggalkanmu?

wallahua'lam.

Welcome Note!

Salam!

"Sedetik Berlalu, semakin hampir kita bertemuNYA"

What is past, is past ... what have you done for today to prepare yourself for the hereafter?

I've read so many blogs, enjoyed reading them, tried to create one, but left unattended .... but this time I am determined to try to update my blog as often as TIME permits!

TIME! MASA! Semua kita diberikan 24 jam, tiada yang lebih tapi mungkin ada yang kurang (jika malaikat Izrail datang). Tapi mengapa ada diantara kita yang lebih berjaya dari yang lainnya??? I believe it is time management.

Surah Al-'Asr:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran"

Adakah kita dalam kerugian? Mari bersama kita renungkan dan hayati ayat tersebut.

wallahua'lam