Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009

Palestine

Bila menonton di kaca TV, membaca di laman web tentang kekejaman Israel terhadap rakyat Palestine, tak tahu apa yang nak diucapkan. Geram! Marah! Benci! Tapi apa lah yang mampu dilakukan .... selemah-lemah iman adalah membencinya, sekecil-kecil sumbangan adalah mendoakannya. Ya Allah, kau peliharalah saudara-saudara kami di bumi Palestine, berikan kekuatan rohani dan jasmani kepada pejuang-pejuang yang mempertahankan tanah air mereka dan Masjidil Aqsa. Kurniakanlah kemenangan kepada mereka, Ya Allah. Amin ya Rabbal A'lamin. Semoga sumbangan-sumbangan kecil yang kami lakukan diterima olehMu ya Allah. Bercakap pasal sumbangan, anak-anakku kini ZERO saving. Masing2 mengeluarkan kesemua wang di dalam tabung untuk dimasukkan ke dalam Tabung Palestine. Alhamdulillah. Mudah2an semangat untuk berderma dan membantu orang yang dalam kesusahan ini akan terus kekal dalam jiwa-jiwa mereka. Actually, start dengan Sabrina. Bila ayah tanya siapa nak bagi derma kat orang Palestine, kedua-dua Hakim

It's New Year!

Salam. New Year .... 1430 atau 2009? Apa kesannya pada kita? Apa gunanya dengan meraikannya beria-ia ... bunga api, konsert yang melalaikan ... mengapa masih berada di tahap jahiliah? Kita sepatutnya memberikan pengisian yang lebih ke arah penghambaan diri pada Maha Pencipta ... maklum la ... umur pun semakin kurang. Setiap hari adalah hari yang baru, dan sepatutnya setiap hari baru adalah hari yang baik dari sebelumnya. Tapi bagaimana dengan kita? Seeloknya, setiap malam kita bermuhasabah diri, dan berazam untuk memperbaiki diri keesokan harinya. Kenapa berazam setiap hari??? Kerana belum tentu kita diberikan hayat tahun hadapannya. Tapi lumrah manusia .... L U P A ... kita alpa dan lalai dengan keseronokan dunia. Ya Allah ...Moga hari-hariku akan jadi lebih baik dari sebelumnya ......... wallahua'lam