Friday, January 16, 2009

Palestine




Bila menonton di kaca TV, membaca di laman web tentang kekejaman Israel terhadap rakyat Palestine, tak tahu apa yang nak diucapkan. Geram! Marah! Benci! Tapi apa lah yang mampu dilakukan .... selemah-lemah iman adalah membencinya, sekecil-kecil sumbangan adalah mendoakannya.




Ya Allah, kau peliharalah saudara-saudara kami di bumi Palestine, berikan kekuatan rohani dan jasmani kepada pejuang-pejuang yang mempertahankan tanah air mereka dan Masjidil Aqsa. Kurniakanlah kemenangan kepada mereka, Ya Allah. Amin ya Rabbal A'lamin.

Semoga sumbangan-sumbangan kecil yang kami lakukan diterima olehMu ya Allah.


Bercakap pasal sumbangan, anak-anakku kini ZERO saving. Masing2 mengeluarkan kesemua wang di dalam tabung untuk dimasukkan ke dalam Tabung Palestine. Alhamdulillah. Mudah2an semangat untuk berderma dan membantu orang yang dalam kesusahan ini akan terus kekal dalam jiwa-jiwa mereka.


Actually, start dengan Sabrina. Bila ayah tanya siapa nak bagi derma kat orang Palestine, kedua-dua Hakim and Sabrina berlari ke atas ambil tabung masing-masing. Mula Hakim masukkan duit. Lepas tu Sabrina tonggengkan tabung dia dan bagitahu ayah, dia nak bagi semua duit dia. Dua tiga kali juga husband aku tanya Sabrina, are you sure? Dia sikit pun tak berganjak. Then, Hakim followed her. Rupa2nya, Hakim ni ada banyak duit yang tersorok. Dia simpan di beberapa location. The best part is he remembers where he put his money. Semua duitnya juga dimasukkan ke dalam tabung. Bila kakak balik sekolah, she did the same. Alhamdulillah. in total, duit-duit syilling diorang tu adalah dalam +-RM70, duit kertas tak kira le pulak.


How do we know +-RM70? Bila buka tabung derma, tabung derma ayah je yang ada duit syiling. Heran orang surau jadinya, mana la datangnya duit syiling banyak-banyak ni, itulah ANAK AYAH!




No comments:

Post a Comment