Thursday, March 25, 2010

Bertaubatlah

Jangan terkejut dengan tajuk diatas. It is only a title of a chapter in the book 'Penenang Jiwa' translated from 'Mukashafah Al Qulub' by Imam Al-Ghazali. Still reading the book even though it was with me since last two years. When it comes to reading novel, I could complete it in just few days, but when it comes to read 'ilmiah' books, it take years to complete it. Astaghfirullah al Azim ... Need to improve my self. My simple reason (just to justify myself) is, novel can be read in betweens but when it comes to reading ilmiah books, it cannot really be an in betweens as it needs some concentration ~ alasan le tu.

I was very and extremely busy last week with the CAMP10 conference. Anyway, it was a very good experience and exposure for an academician like me. This time, I was not only the presenter nor participant, but the organiser. I was running up and down handling things from Monday to Wednesday, come Thursday ... my whole body was aching, my knees trembling ..... sign of an old age eh! Cannot deny it .... I am 42 this year (aiyooo.... sudah banyak tua loooo).

OK, let's get back to our title, BERTAUBATLAH ...

The book says,

Bertaubat adalah wajib bagi setiap muslim, melalui firman Allah s.w.t (surah at-Tahrim: 8) yang bermaksud,

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha ..."


dan hadis nabi SAW, yang bermaksud:

"Barangsiapa suka berjumpa Allah, maka Allah suka berjumpa dengannya. Dan barangsiapa tidak suka berjumpa Allah, maka Allah pun tidak suka berjumpa dengannya"

Orang-orang yang fasik mesti bertaubat. Fasik ni ada dua jenisnya: Fasik Kafir dan fasik fajir. Fasik kafir adalah mereka yang tidak beriman kepada Allah dan RasulNya, keluar dari petunjuk, membelakangkan Allah. Fasik fajir adalah mereka yang masih mempercayai Allah tetapi masih melakukan perkara-perkara mungkar seperti minum arak, berzina dan macam-macam lagi. Ia keluar dari jalan ibadah dan masuk ke jalan kemaksiatan. Namun ornag yang fasik fajir ini tidak termasuk dalam golongan syirik iaitu mereka yang mempersekutukan Allah.

Fasik kafir tidak akan diampunkan kecuali dia bertaubat dan mengucap dua kalimah shahadah. Fasik fajir akan diampunkan jika dia bertaubat, meminta mapun dan menyesal akan perbuatan yang telah dilakukannya.

Diceritakan pada zaman Hassan al-Basri, ada seorang pemuda yang suka membuat maksiat, yang telah masuk ke majlis ilmu Hassan al-Basri dan mendengar tagsiran ayat berikut:

"Belumlah tiba waktunya bagi orang-orang yang beriman, bahawa tunduk hati mereka untuk mengingati Allah" (Al-HAdid: 16)

Tafsiran tersebut sangat menyentuh hatinya lalu ia bertanya samada diterima taubat orang spertinya. Apabila dijawab, "Ya", oelh Hassan al-Basri, maka pemuda tersebut pengsan dan ini berlaku sebanyak tiga kali. Setelah sedar buat kali yang ketiganya, pemuda tersebut menadah tangan dan berdoa,

"Ya Tuhanku, jika Engkau terima taubatku serta mengampuni dosaku, muliakanlah aku dengan faham dan hafalan, sehingga aku hafal setiap ilmu dan ayat yang aku dengar. Muliakanlah aku dengan memiliki suara yang bagus, sehingga orang yang mendengar ayat dariku bertambah iman dalam hatinya, meskipun dia berkeras hati. Muliakanlah juga aku dengan rezeki yang halal. Berilah aku rezeki dari sesuatu yang tidak pernah aku duga".

Dan Allah makbulkan doanya serta jadilah dia pemuda yang berserah diri kepada Allah swt.

How about us? Do we think that we have not commited any sin? Astagfirullah .... we do it everyday, I'm sure. Even in any small way or another. Ladies especially, did you cover yourself as instructed by Allah? If you do, I don't think a 'telekung' is required when we are on the move. But we still need it as there are still parts of us that is not properly covered. Muslimah mukminah's dressing is very simple. You are to cover yourself as much as you do it in your solat. Even I, failed this at times. Ampunilah aku Ya Allah ...

Beristiqamahlah dalam beribadah ... semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam dari segi tingkat keimanan. Amin.










Thursday, March 4, 2010

De'Parfum

Lain sikit bunyinya tajuk kali ni.

Trying to make a difference. Differences make the world we live in interesting. Everything and everyone is uniqu
e. The uniqueness teach us to be ready to accept and willing to tolerate. Even the person that we love so much is very different from us - that's our LIFE PARTNER. Again, when we can see the differences, ready to accept and tolerate with it, insyaAllah, it wll make our life interesting. Love anf Life is a sharing that is full of tolerance and understanding. When the pillar is made of IMAN, the relationship will last happily, InsyaAllah.

Wah! wah! Wah! bersyarah le pulak makcik ni ye .... bukan bersyarah, sebaliknya mengingatkan diri sendiri. Supaya sering berpaksikan iman dan taqwa dalam kehidupan berumah tangga serta mengamalkan toleransi dan kesefahaman. Tapi semuanya tak akan berhasil jika hanya sebelah pihak yang berusaha ke arahnya. Di sinilah kembali kepada cara memilih jodoh, jika pilihan kita berteraskan iman, amal dan akhlak, insyaAllah semuanya akan diberkati Allah.

Talking about the life partner, it was my husband's birthday last 02 March 2010. His 42nd birthday. We (the kids & me) have planned a surprise birthday treat for him. Unfortunately, his birthday falls on Tuesday, which is my 'busy day', with 4 hours class, meeting and discussions. "Tak sompet den nak poe beli kek eh ..." . Therefore, we decided to do it on Wednesday. It is supposed to be a candle light surprise, tapi, ayah balik awai la pulak hari Rabu tu .... tak sempat nak gelap (selalunya ayah sampai setelah matahari berlabuh, kena bukak lampu). He got home earlier than me. How can I snoop in with that large box of cake. MMMM .... kena cari idea ni! How to get him out of the house???? YES! Ask him to take Hakim to the clinic whom happen to be having flu and coughing. I quickly get home while he is out. At home, I get the girls to sign the birthday card I bought and assigned Atikah to get Hakim's signature.

Happy Birthday to you! Happy Birthday to You! Happy Birthday to Ayah, Happy Birthday to You.

We sang the birthday song while I bring the cake out with a candle lit on it. We can see the surprise and happy face on him. He was shocked. He never thought that we would do this.



Happy Birthday my dear husband. May your life is blessed by Allah in your endeavour with an increase Iman and Taqwa each day. WE LOVE YOU.








And this is what I get for him as suggested by Atikah. De'Parfum.






Tuesday, March 2, 2010

Lupa Kepada Allah swt

Ini merupakan Bab 6 dari buku 'Penenang Jiwa' karya Imam al-Ghazali.

Antara yang menarik yang ingin dikongsikan bersama adalah seperti berikut.

Tersebut dalam kitab 'Zahrir Riyadh' bahawa Yaacub yang bersahabat dengan Malaikat Maut telah meminta Malaikat maut untuk memaklumkannya terlebih dahulu jika ingin mencabut nyawanya. Malaikat maut bersetuju dan berjanji akan memberikan 3 utusan bahawa maut hampir tiba. Pada hari kematiannya, Malaikat maut tiba dan ditanya oleh Yaacub, "Adakah kedatanganmu ini untuk mengambil nyawaku atau menziarahi aku?". Izrail menjawab, "Mencabut nyawamu.". "Bukankah engkau telah berjanji untuk memberikan tiga utusan kepadaku untuk memaklumkan bahawa usiaku telah hampir tiba ke penghujung?', tanya Yaacub. Malaikat maut menjawab,"Ya, aku telah datangkan 3 utusan. Yang pertama, Putihnya rambutmu setelah hitam, kedua, Lemahnya badanmu setelah kuat, dan ketiga, membongkoknya badanmu setelah tegap. Itulah utusan kepada manusia sebelum dia mati".

Gambar di atas hanyalah hiasan sahaja.


Waktu terus berlalu
Sedangkan dosa kian bertambah
Malaikat maut datang bertamu
Namun hati tetap lalai
Nikmatmu di dunia
Hanyalah kepalsuan dan kerugian
Hidupmu di dunia
Adalah muhal dan batil.


Astaghfirullah al-Azim. Tanda-tanda telah mula kelihatan. Rambut telah mula memutih. Tenaga semakin berkurangan, lemahnya badan semakin terasa. mungkin membongkok belum lagi tetapi otot-otot mula mengendur .... ini maksudnya utusan telah mula menjengah, dan aku ......masih terus lalai dan alpa.

Lagi dari buku tersebut,
Manusia itu berbicara dalam tiga hal, namun bertentangan dengan perbuatan mereka. Mereka berkata:
1. "Kami hamba Allah". Akan tetapi mereka berbuat bebas.
2. "Allahlah yang menanggung rezeki kami". Namun mereka akan tenang jika bersama harta.
3. "Kami mesti mati". Mereka berbuat bagaikan orang yang tidak akan mati.

Benar. Kita mengaku sebagai hamba Allah, tetapi adakah kita benar-benar sujud hanya kepadaNya?? Dalam sembahyang pun selalu melayang-layang. Rezeki kita yang manakah yang telah kita infakkan???? Asyik berbelanja untuk diri sendiri sahaja sehingga sering merasa tidak cukup .... cukup-cukuplah tu. Mesti pertingkatkan infaq. Dan apakah persediaan kita untuk mati??? Yang wajib sahaja tidak sempurna, apakah boleh dihitung yang sunat???? Allahua'lam.

Ilmu yang sedikit perlu diamalkan secara berterusan. Semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya. Ampunilah hambaMu ini Ya Allah........





Monday, March 1, 2010

Melatih diri menahan nafsu dan syahwat

Ini merupakan tajuk Bab 4 dari Buku 'Penenang Jiwa" karya Imam al-Ghazali terjemahan Mukashafah al-Qulub.

Bab ini mengisahkan musuh kita yang lebih hebat selain syaitan. Syaitan akan diikat pada bulan Ramadhan sedangkan nafsu sentiasa mengawal kita jika kita tunduk padanya. Syaitan memperalatkan nafsu untuk menguasai manusia.

Yang menarik yang dapat dikupas dari buku ini, watak nafsu adalah seperti berikut:
1. berasa aman (relax lah tu kot)
2. suka berlengah-lengah
3. bersuka-suka
4. malas

Astaghfirullah ..... kebanyakannya ada pada kita. Maksudnya, jika kita membiarkan 4 perkara diatas samalah dengan kita membiarkan nafsu menguasai kita. Macam mana nak perangi nafsu ini??

Menurut buku tersebut, Zahya bin Muaz Ar Razi berkata,
"Perangilah nafsumu dengan taat dan riadahah (latihan rohani). Riadhah adalah mengurangi tidur, makan mahupun bercakap, menahan kepedihan dari makhluk. Sedikit tidur akan mensucikan kehendak, sedikit berkata akan selamat dari bencana. Sedikit makan dapat menundukkan syahwat. Sesungguhnya banyak makan dapat mengeraskan hati dan menghilangkan cahayanya. Dan cahaya hikmah adalah lapar. Serta kekenyangan menjauhkan seseorang daripada Allah".

Rasullah SAW juga bersabda,
"Terangkanlah hatimu dengan lapar. Perangilah nafsumu dengan lapar dan haus. Serta sentiasalah mengetuk pintu syurga dengan lapar. Sesungguhnya pahala demikian itu bagaikan pahala pahlawanmembela agama Allah. Dan sesungguhnya tidak ada amal yang lebih disukai Allah daripada lapar dan haus. Tidak akan masuk ke kerajaan langit seseorang yang memenuhi perutnya dan kehilangan lazatnya beribadah."

Hmmm .... intipati yang boleh kita ambil dari sini adalah untuk:
1) mengurangkan makan,
2) tidur dan
3) bercakap.

Kurang tidur bukanlah pulak untuk membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah, tetapi menggantikannya dengan beribadah diwaktu malam. Kurang makan mestilah bukan bertujuan untuk menguruskan badan, tapi perbanyakkanlah berpuasa (subhanallah .... this is what i normally fail). Dan kurang bercakap juga adalah untuk mengurangkan melakukan dosa kerana bahaya lidah (need to practice this!!!).

From the book "Bila Cinta Bertasbih" I got this, "Manusia dijadikan dengan 2 tangan, satu mulut, dua mata dan dua telinga. Hanya satu mulut untuk kurangkan berbicara. Dua tangan untuk lebihkan membuat kerja yang bermanafaat, dua mata untuk melihat keliling kita dan bersyukur dan dua telinga untuk lebihkan mendengar". Make sense isn't it.

Also from the book, but in Bab 5:

"Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk ada tiga bahagian. Dia menjadikan Malaikat hanya diberikan akal, tanpa diberi syahwat. Haiwan diciptakan dengan syahwat tanpa akal. Manakala manusia diberi akal dan syahwat. Jika seseorangtelah mengalahkan akalnya, maka haiwan lebih baik dari dia. Namun barangsiapa menggunakan akal dan menundukkan syahwatnya, tentulah dia lebih baik dari Malaikat."

What you have read, you must remember and practice it as much as you can. Persistent towards ibadah, InsyaAllah.