Ini merupakan Bab 6 dari buku 'Penenang Jiwa' karya Imam al-Ghazali.
Antara yang menarik yang ingin dikongsikan bersama adalah seperti berikut.
Antara yang menarik yang ingin dikongsikan bersama adalah seperti berikut.
Tersebut dalam kitab 'Zahrir Riyadh' bahawa Yaacub yang bersahabat dengan Malaikat Maut telah meminta Malaikat maut untuk memaklumkannya terlebih dahulu jika ingin mencabut nyawanya. Malaikat maut bersetuju dan berjanji akan memberikan 3 utusan bahawa maut hampir tiba. Pada hari kematiannya, Malaikat maut tiba dan ditanya oleh Yaacub, "Adakah kedatanganmu ini untuk mengambil nyawaku atau menziarahi aku?". Izrail menjawab, "Mencabut nyawamu.". "Bukankah engkau telah berjanji untuk memberikan tiga utusan kepadaku untuk memaklumkan bahawa usiaku telah hampir tiba ke penghujung?', tanya Yaacub. Malaikat maut menjawab,"Ya, aku telah datangkan 3 utusan. Yang pertama, Putihnya rambutmu setelah hitam, kedua, Lemahnya badanmu setelah kuat, dan ketiga, membongkoknya badanmu setelah tegap. Itulah utusan kepada manusia sebelum dia mati".
Gambar di atas hanyalah hiasan sahaja.
Sedangkan dosa kian bertambah
Malaikat maut datang bertamu
Namun hati tetap lalai
Nikmatmu di dunia
Hanyalah kepalsuan dan kerugian
Hidupmu di dunia
Adalah muhal dan batil.
Benar. Kita mengaku sebagai hamba Allah, tetapi adakah kita benar-benar sujud hanya kepadaNya?? Dalam sembahyang pun selalu melayang-layang. Rezeki kita yang manakah yang telah kita infakkan???? Asyik berbelanja untuk diri sendiri sahaja sehingga sering merasa tidak cukup .... cukup-cukuplah tu. Mesti pertingkatkan infaq. Dan apakah persediaan kita untuk mati??? Yang wajib sahaja tidak sempurna, apakah boleh dihitung yang sunat???? Allahua'lam.
Ilmu yang sedikit perlu diamalkan secara berterusan. Semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya. Ampunilah hambaMu ini Ya Allah........
Gambar di atas hanyalah hiasan sahaja.
Waktu terus berlalu
Malaikat maut datang bertamu
Namun hati tetap lalai
Nikmatmu di dunia
Hanyalah kepalsuan dan kerugian
Hidupmu di dunia
Adalah muhal dan batil.
Astaghfirullah al-Azim. Tanda-tanda telah mula kelihatan. Rambut telah mula memutih. Tenaga semakin berkurangan, lemahnya badan semakin terasa. mungkin membongkok belum lagi tetapi otot-otot mula mengendur .... ini maksudnya utusan telah mula menjengah, dan aku ......masih terus lalai dan alpa.
Lagi dari buku tersebut,
Lagi dari buku tersebut,
Manusia itu berbicara dalam tiga hal, namun bertentangan dengan perbuatan mereka. Mereka berkata:
1. "Kami hamba Allah". Akan tetapi mereka berbuat bebas.
2. "Allahlah yang menanggung rezeki kami". Namun mereka akan tenang jika bersama harta.
3. "Kami mesti mati". Mereka berbuat bagaikan orang yang tidak akan mati.
2. "Allahlah yang menanggung rezeki kami". Namun mereka akan tenang jika bersama harta.
3. "Kami mesti mati". Mereka berbuat bagaikan orang yang tidak akan mati.
Benar. Kita mengaku sebagai hamba Allah, tetapi adakah kita benar-benar sujud hanya kepadaNya?? Dalam sembahyang pun selalu melayang-layang. Rezeki kita yang manakah yang telah kita infakkan???? Asyik berbelanja untuk diri sendiri sahaja sehingga sering merasa tidak cukup .... cukup-cukuplah tu. Mesti pertingkatkan infaq. Dan apakah persediaan kita untuk mati??? Yang wajib sahaja tidak sempurna, apakah boleh dihitung yang sunat???? Allahua'lam.
Ilmu yang sedikit perlu diamalkan secara berterusan. Semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya. Ampunilah hambaMu ini Ya Allah........
Comments
Post a Comment