Salam semua, Tajuk di atas adalah dirujuk. Astaghfirullahal adzhim. Aku mulakan dengan memohon keampunan dari Allah SWT, Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Mohon agar aku diampunkan dari sebarang keterlanjuran dan dipelihara hati ini dari sebarang perasaan riak atau bangga diri. Tajuk di atas merupakan perkara yang benar-benar menganggu fikiranku. Ia menjadikan aku teragak-agak samada ingin meneruskan penulisan pada ruang cyber ini. Ini berikutan dari teguran dari beberapa ustaz agar berhati-hati jika menulis di alam cyber, samada di FB ataupun di blog kerana bimbang apa yang kita tuliskan itu akan menimbulkan ria' dalam hati. Astagfirullahal adzhim. Memang benar, segala amalan itu dinilai bergantung pada niatnya (berdasarkan hadis sahih yang masyhur, hadis pertama dalam Hadis 40). Tetapi, bagaimanakah kemampuan kita menjaga hati agar tetap pada niat yang ikhlas dan tidak merasa aku lebih baik ? Kerana, bilamana ada sekelumit rasa 'aku lebih baik'
Hidup ini suatu perjalanan menuju destinasi ABADI ....