Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

48, 52, 48 FULL STOP

Assalamualaikum. Kita bercerita tentang nombor-nombor lagi. Nombor-nombor yang sering mengejutkan aku dari lamunan. Itulah angka-angka yang melambangkan usia rakan taulan. Kalau dilihat, kesemua nomnor-nombor itu sudah begitu hampir denganku. Petunjuk Allah agar aku jangan terus lena. Lena mengejar dunia yang fana' ini. Lantas alpa pada kehidupan yang kekal abadi. Akhirat menanti. Ahad lepas, kami dikejutkan dengan kematian isteri rakan sepejabat. Pada usia 48 tahun dia pergi meninggalkan suami tercinta tanpa sebarang pesan dan isyarat. Dalam santai bersama di dinihari, si isteri tiba-tiba rebah. Setelah ambulan dipanggil, si isteri pergi tanpa kata sebelum tiba di hospital. Tinggal suami. Tinggal dunia. Semua itu sementara. Selang dua hari berikutnya, berita kematian menerjah lagi. Suami berusia 52 tahun rebah di bilik air. Tanpa kata, tanpa isyarat. Urusan persemadian disegerakan. Tinggallah isteri. Tinggallah anak. Harta dunia tiada dibawa. Dan terbaru, rakan sekampung pergi

Bentuk ujian Allah

Assalamualaikum. Ujian Allah itu pelbagai.  Jangan disangka tersenyum kegembiraan itu tiada ujian di dalamnya.  Jangan disangka harta yang melimpah ruah itu bukan ujian bentuknya.  Bahkan semua itu juga adalah ujian. Ujian, yang menguji ketaatan. Ujian, yang menguji kesyukuran. Dan dalam surah Al-Baqarah, Allah gariskan juga bentuk ujian, untuk pedoman. Al-Baqarah : 155 Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (2:155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (2:156) Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah or

Doa ketika ternampak orang sakit dan mohon terhindar darinya.

Assalamualaikum, Ahad malam Isnin. Malam yang sedih sayu. Biasanya hari Ahad, adalah hari ziarah anak-anak atau hari menghantar anak-anak balik ke asrama. Upon doing that, when entering the home, I can feel the emptiness. The quiet house, no greetings, no laughters. And due to that, I will make my way to the surau, to gather bits of pearl of knowledge. "O Allah, forgive me if the reason for my being in Your masjid is wrong Forgive me, Ya Allah. But truthfully, its too quiet at home, and to me, being in the masjid is more meaningful rather than locked in the empty house alone. Forgive me Ya Allah." And tonight, it was Ustaz Firdaus. Sharing on Feqah. And one thing that I really think fruitful to share is this piece of doa.  ‘Alhamdulillah hillazi aafani mim mabtalaka bihi wa fadhalaani ala kaseerim mimman khalaqa tafdheela.” The Prophet said: “If somebody recites this dua while he saw someone else in some fatigue or tensions, he would not be involved in t