Assalamualaikum.
Ujian Allah itu pelbagai.
Jangan disangka tersenyum kegembiraan itu tiada ujian di dalamnya.
Jangan disangka harta yang melimpah ruah itu bukan ujian bentuknya.
Bahkan semua itu juga adalah ujian.
Ujian, yang menguji ketaatan.
Ujian, yang menguji kesyukuran.
Dan dalam surah Al-Baqarah, Allah gariskan juga bentuk ujian, untuk pedoman.
Al-Baqarah : 155 |
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (2:155)
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (2:156)
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. (2:157)
Maka, berlapang dadalah dengan ujian Allah,
jika diuji dengan ketakutan,
jika dihimpit kelaparan
mahupun luaknya harta kepunyaan
kerana rahmat Allah telah dijanjikan.
Bagi mereka yang sabar.
Wassalam.
Comments
Post a Comment