Assalamualaykum.
Alhamdulillah. Ada halwa telinga dan ubat hati di tengahari Ramadhan ke 4 ini. Dalam terik panas, dapat pula keindahan raudhah di dalam hawa dingin. Semoga beroleh keberkatan oleh Allah SWT.
Ustaz Amran dari Bukit Jelutong, Shah Alam berkongsi ilmu tentang malu. Penting juga nak kena tahu tentang malu sebab hadis nabi bersabda bahawa malu ini sebahagian dari iman. Maksudnya orang yang beriman ni perlu ada sifat malu.
1. Malu dengan melihat tentang kesempurnaan ciptaan Allah terhadap diri sendiri.
Allah menciptakan kita dengan segala kesempurnaan untuk memudahkan kita beribadat tapi alangkah malunya kita kerana tidak menggunakan kesempurnaan ini untuk menghambakan dan beribadat kepada Allah.
2. Malu dengan bermuhasabah tentang diri sendiri.
Lihat sekeliling dan berpandangan dengan prasangka baik terhadap segala kebaikan yang dilakukan oleh orang lain.
Beramal dengan amalan seperti yang dilakukan oleh kekasih Allah, Rasulallah SAW. Malulah kita kerana Rasulallah yang merupakan kekasih Allah yang dijamin syurga tapi masih beribadat bersungguh-sungguh kerana beliau malu pada Allah. Malu dengan kurniaan Allah.
Dengan sifat malu akan dapat mendekatkan diri kita dengan Allah.
Bagaimana nak melahirkan rasa malu:
1. Pelihara kepala dan apa yang ada di dalamnya.
Pelihara pancaindera yang berada di kepala. Mata, telinga dan mulut. Guna pancaindera untuk mendekatkan diri pada Allah.
Pelihara mata. Jaga pandangan.
Pelihara mulut. Jangan berkata-kata yang tidak bermanafaat.
Pelihara telinga. Dengarkan hanya kata-kata yang baik. Dengarkan zikir dan ayat2 alQuran.
Apa yang di dalamnya adalah Aqal iaitu otak.
Pelihara aqal agar redha dan berfikir tentang kurniaan Allah.
2. Jaga perut dan isinya.
Makanan hendaklah dari yang halal sumbernya.
3. Tinggalkan kemewahan dunia yang melampau.
Dunia itu hanyalah permainan semata2
4. Ingat pada mati dan buat persiapan.
5. Ingat pada kesusahan dan redha.
Mudah-mudahan akan lahirlah rasa malu terhadap Allah dalam diri kita.
Wallahua'lam.
Comments
Post a Comment