Sunday, November 6, 2016

Alam Kubur

Assalamualaikum

AlQuran dimulakan dengan Alhamdulillah.....Katalah Alhamdulillah kerana ianya sebaik2 doa.
Tiada hamba yg dpt memuji Tuhannya melainkan Àllah sendiri memuji dirinya.
~permulaan bicara oleh Ustaz Hashimi Che Pa pada kuliah subuh.

Azab dan nikmat kubur
- ianya merupakan ilmu ghaib yang hanya dapat difahami kerana iman bukan aqal
- iman adalah melalui kepercayaan dan keyakinan kepada alQuran dan Hadith
- azab kubur itu adalah manifestasi nama azab setelah kematian iaitu ketika berada dalam barzakh.

Hadis dari riwayat Bukhari: Tentang sorang lelaki yang banyak dosa yang berpesan kepada anaknya supaya jika dia mati maka hendaklah dibakar dan abunya diterbangkan serata tempat agar ianya tidak dapat dibangunkan. Ini adalah kerana takutnya kepada azab Allah. Dari hadis nabi, apabila Allah tanyakan kenapa dia berbuat begitu dan dia menjawab kerana Takutkan Allah. Maka Allah mengampuni dosanya.

Larangan meratap kematian

Dilarang meratap di kuburan dan menampar2 pipi kerana kesedihan. Bersabar pada ketika yang pertama adalah yang sebaik2nya. Balasan bagi orang yg berbuat begini adalah laknat Rasulnya.

Tidak ada ganjaran bagi hamba yg mukmin apb aku ambil kecintaannya dari ahli dunia, kemudian dia bersabar dan mengharapkan pahala dari Allah maka ganjarannya adalah syurga. ~ hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Larangan ziarah kubur

Disyariatkan ziarah kubur kecuali bagi mereka yang berjiwa kuat kerana dilarang meratapi di kubur.

Yang disyariatkan adalah untuk mengambil iktibar dari kubur dan kematian. Iaitu ingat akan akhirat.

Aku dulu larang kamu dari ziarah kubur tetapi sekarang ziarahlah kubur krn kubur mengingatkan tentang hari akhirat. ~hadis Nabi

Adab ziarah kubur (seperti yg diajarkan oleh Nabi)
- bagi salam kepada semua ahli kubur
- membaca doa ziarah kubur
"Kamu sudah pergi mendahului kami. Kami akan menyusuli kamu"
"Semoga Allah ampuni dosa kami dan kamu dan memberikan kamu kesejahteraan."

Adalah ditegah meminta doa dari orang di dalam kubur.

Tidak ada hari2 tertentu utk ziarah kubur. Terutamanya pada hari2 raya kerana hari raya adalah hari kegembiraan. Disyariatkan menziarah kubur pada bila2 masa terutama bila hati kita mula merasakan kecintaan kepada dunia.

Meletakkan bunga2an di kubur

Tiada syariat dalam agama. Malah ianya adalah mengikut agama lain.

Hadis Nabi mengatakan siapa yang mengikut agama lain maka dia adalah sebahagian dari kaum tersebut.

Ada hadis Nabi mencacakkan pokok dan mengatakan pokok tersebut akan berdoa kepada penghuni kubur sehingga pokok itu kering.
Hujah yang mengatakan tidak perlu mengikuti perbuatan Nabi ini:
- Nabi tidak melakukannya kepada semua kubur. Jika ianya dapat meringankan ahli kubur maka pasti lah Nabi melakukannya kepada semua kubur
- Nabi melakukan tersebut hanya pada kubur yang telah Nabi ketahui bahawa ahli kubur tsb sedang diazab.
- Nabi lakukan kerana doa syafaat Nabi terhadap org yg diazab. Kita org awam tidak memberikan syafaat.

Pesan Nabi kepada Saidina Ali: Jangan kamu tinggalkan patung2 melainkan kamu hancurkan dan jangan kamu tinggalkan kubur2 melainkan kamu ratakan

Berkabung di kuburan
Tidak dibenarkan berkabung seketika di kuburan kerana bertujuan menghormati ahli kubur.

Larangan menguatkan suara di kubur

Dilarang menguatkan suara samada utk bertakbir, mengaji Quran atau bertahlil

Dilarang bergembira di hadapan jenazah kerana disyariatkan mengambil iktibar dari kematian.

Menghadiahkan pahala kepada si mati

Ada khilaf ulama dalam hal ini. Imam Shafie mengatakan tidak sampai. Imam Ahmad berkata sampai.

Jadi dibolehkan dalam lingkungan syara'
- Sedekah
- Korban
- Ganti puasa
- Doa
- Haji dan umrah

Melakukan majlis2 khusus utk menghantar pahala

Tidak termasuk dalam syariat. Termasuk juga mengupah orang membacakan quran.

======

Kamu telah pergi, aku akan menyusul

Wallahu a'lam

5 comments:

  1. Nanti saya caca.
    Nak keluar makan dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita dapat sedikit ilmu dari perkongsian ini

      Delete
    2. Semoga kita dapat sedikit ilmu dari perkongsian ini

      Delete