Ramadhan yang ditangisi

Assalamualaykum,

Ini pula catatan ketika mendengar Kuliah Zohor yang disampaikan oleh Ust Amran (Bukit Beruntung).

Ustaz mulakan dengan kewajaran bersyukur kepada Allah seperti yang disebutkan dalam Surah alBaqarah (172).

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّـهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ ﴿١٧٢
O you who believe! eat of the good things that We have provided you with, and give thanks to Allah if Him it is that you serve. (Translate: Syakir)


Bersyukurlah kita dengan nikmat yang Allah kurniaan. Makan minum yang baik. Juga kurniaan dipanjangkan usia ke bulan Ramadhan kerana bulan ini adalah bulan:
. Ruang pengampunan
. Ruang mengakrabkan diri pada Allah
~Mengakrabkan diri dengan beriman kepada Allah

Surah al-Imran:31 menyatakan cara beriman kepada Allah:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّـهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّـهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّـهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٣١
Say: If you love Allah, then follow me, Allah will love you and forgive you your faults, and Allah is Forgiving, Merciful. (Translate: Syakir)

Intipati ayat:
~ siapa yang cinta Allah, maka ikutlah aku (nabi)
~ diampun akan segala dosa

***Maka untuk beriman, ikutlah Rasulallah. Semua ini telah ditunjukkan dalam alQuran. 

Dalam beribadat mesti ada dua: ikhlas dan benar (mengikut cara yang Nabi ajarkan)
~ikhlas diri beribadat HANYA kerana Allah; dan
~ benar; mengikut apa yang telah diajarkan oleh Rasulallah SAW

Hadis riwayat Imam Bukhari: 

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:
Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.
Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.
Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)


Rugilah manusia yang tidak mengambil kesempatan hidup dalam Ramadhan dengan mencari kelebihan Ramadhan:
1. Bersahur kerana dalam sahur itu ada barakah.
    Barakah ialah apabila diberi kepada kita menjadikan kita semakin dekat dengan Allah.
    Orang yang sahur Allah bagi rahmat dan Malaikat berselawat.
2. Solat tarawikh. Berapa bilangannya tertakluk kepada qudrat seseorang. Yang penting ikhlas dan benar (menepati sunnah).


Wallahu a'lam.

Comments