Asaalamualaikum dear readers,
Heard on TV yesterday morning about syafaat. Surah al-Baqarah: verse255 mentioned this:
Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia
Yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya,
Tidak mengantuk dan tidak tidur
KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi.
Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izinNya?
Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka,
dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah
melainkan apa yang dikehendakiNya.
Kursi Allah meliputi langit dan bumi,
Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,
dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(QS : Al-Baqarah : 255)
Syafaat adalah pertolongan. Yang layak memberi syafaat adalah:
1. Para nabi
2. Alim ulamak
3. Syuhada'
Di akhirat nanti, Rasulallah SAW dibenarkan membawa bersamanya 70,000 dari kalangan umatnya untuk memasuki syurga tanpa dihisab. Rasullallah seraya memohon pada Tuhan yang Pemurah untuk menambah bilangan tersebut kerana bilangan umat Muhammad adalah yang paling ramai berbanding umat Nabi lain. Lalu Allah memperkenankan permintaannya. Lalu Allah membenarkan Nabi Muhammad SAW menambah bilangan umat untuk dibawa ke syurga bersamanya tanpa dihisab. Bagi setiap seorang dari kalangan 70,000 orang ditambah lagi 70,000 orang. Sifirnya menjadi 70,000 X 70,000. Begitu pemurah Allah SWT.
Siapakah dikalangan hamba Allah yang akan dibawa bersama Rasulallah? Mereka adalah:
1) umat Muhammad.
2) umat yang mencintai Muhammad.
Jika kita sudah termasuk dalam golongan (1), adakah kita juga termasuk dalam golongan ke (2)? Bagaimana untuk mencintai nabi? Mencintai nabi adalah dengan mengikut SUNNAHnya dan berselawat padanya.
JOM ikut SUNNAH. JOM berSELAWAT.
Wassalam.
Comments
Post a Comment