Assalamualaikum ....
Nak kongsi tafsiran ringkas yg Ust Sulaiman Nuba sebut semasa muqaddimah kuliah maghrib malam tadi... pasal Surah Al-'Asr.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ ٱلْإِنسَـٰنَ لَفِىخُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوْا۟بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ ﴿٣
By time, (1) Indeed, mankind is in loss, (2) Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience. (3)
Dalam ayat tu Allah telah bersumpah... Semua manusia dalam kerugian pada setiap masa. Dan Allah janji KECUALI mereka yang beriman, beramal soleh, menasihati dgn kebenaran dan menasihati dengan kesabaran.
Kita selalu baca terjemahannya tapi cara ustaz beri penekanan tentang betapa ruginya kita pada setiap masa kecuali golongan yg Allah sebut tu .... terasa kerdilnya diri. Terasa ruginya masa yang aku ada jika aku tidak termasuk dalam salah satu golongan yang Allah sebutkan tu pada setiap masa.
Dan Ustaz tambah... ada ulamak tafsir mengatakan ayat ini menunjukkan tanggungjawab kita sebagai manusia ada 2: kepada Allah dana sesama manusia.
Kepada Allah : beriman dan beramal soleh
Kepada sesama manusia: berpesan kebenaran (menasihati yang benar tanpa putus asa- berdakwah) dan berpesan dengan kesabaran (menasihati agar bersabar dengan musibah, juga bersabar dalam menyampaikan kebenaran)
Kepada sesama manusia: berpesan kebenaran (menasihati yang benar tanpa putus asa- berdakwah) dan berpesan dengan kesabaran (menasihati agar bersabar dengan musibah, juga bersabar dalam menyampaikan kebenaran)
Kesimpulannya... dalam setiap masa, dalam apa sahaja yang kita lakukan, kita perlu berusaha untuk termasuk dalam salah satu golongan yang Allah jamin sebagai golongan yang tidak rugi. Semasa bekerja, semasa memasak, semasa berbual, kita jadikan semua amalan kita sebagai amalan soleh menerusi niat yang betul dan ikhlas kerana Allah. Bukankah amalan setiap kita ini dinilai melalui niatnya (melalui hadis Nabi SAW).
عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، – رضى الله عنه – قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم “ إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَإِنَّمَا لاِمْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَإِلَى رَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَإِلَى رَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ “ .
On the authority of Omar bin Al-Khattab, who said : I heard the messenger of Allah Sallallahu Alaihi Wasallam say : “Actions are but by intention and every man shall have but that which he intended. Thus he whose migration was for Allah and His messenger, his migration was for Allah and His messenger, and he whose migration was to achieve some worldly benefit or to take some woman in marriage, his migration was for that for which he migrated.” ~ Related by Bukhari and Muslim
P/S: Tambahan: Imam As-Syafii berkata, "Seandainya manusia merenungkan surah al-Asr ini, maka surah ini akan mencukupi mereka". (Tafsir Ibu Katsir, Jilid 9, ms 103).
Allahu Akbar ... terasa kerdilnya diri ini ....
Allahu a'lam
Allahu a'lam
Comments
Post a Comment