Assalamualaikum
Hari ni nak berkongsi apa yang disyarahkan oleh Ustaz
{وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ} [الأعراف : 175]
link: http://quran.ksu.edu.sa/index.php?aya=7_175
{وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ ۚ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث ۚ ذَّٰلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۚ فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ} [الأعراف : 176]
link: http://quran.ksu.edu.sa/index.php?aya=7_176
( 175 ) Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.
( 176 ) Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
Begitulah Allah berkata "Kami berikan kepadanya pengetahuan tentang ayat-ayat Kami", yakni pandai agama. "Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya" bermaksud walaupun seorang itu pandai agama, tetapi dia sendiri jugalah yang memilih untuk keluar dari agama.
Banyak cara yang boleh menyebabkan seseorang yang pandai agama ini terkeluar dari ketaatan. Pertama boleh jadi disebabkan riak kerana mempunyai ilmu yang orang lain tiada. Rasa dirinya lebih pandai dari orang yang lain.
Kedua boleh jadi kerana godaan nafsu dunia - pangkat dan harta sehingga menyebabkan orang agama berlidah kelu untuk mengatakan yang hak dan mencegah yang mungkar.
~Na'uzubillah min zalik. Biarpun kita bukanlah ahli agama tetapi berdoalah agar kita tidak tergelincir menjadi orang yang mempunyai sifat riya' dan takabbur serta tewas dengan nafsu dunia.
Allah juga berjanji untuk meninggikan darjat ahli agama jika mereka tetap mengamalkan ayat-ayat Allah, tetapi golongan yang terkeluar ini tetap dalam kesesatan. Dan Allah berjanji bahawa mereka yang seumpama ini adalah golongan yang hina di alam akhirat kelak.
Allahu Akbar. Allah telah memberikan peringatan yang begitu terperinci. Adakah kita berasakan bahawa kita tidak termasuk dalam golongan ini? Tidak semestinya. Mungkin sahaja dengan secebis ilmu yang kita ada, kita adalah lebih alim dari yang kurang berilmu maka jadilah kita seorang ahli agama. Semoga Allah pelihara kita semua dari tergelincir ke dalam golongan yang hina ini.
Wallahu a'lam.
Wassalam.
Comments
Post a Comment