Assalamualaikum,
Allah menjemput tanpa disangka. Ia terjadi secara tiba-tiba. Telah dijanjikan tidak akan dicepatkan mahupun dilewatkan walau sesaat jua. Dan kita bukanlah kekasih Allah yang dijemput diiringi Jibrail, hanya Izrail yang datang melaksanakan arahan tanpa berlengah.
Malam hari, apabila telah selesai tugasan rumah adalah masa untukku bersosial. Bersembang dengan teman di WhatsApp atau membelek isu semasa melalui alam maya dan FB menjadi salah satu sumberku. Tapi malam tadi, alam maya berbicara. Mengejutkanku. Sahabat karibku telah kehilangan teman hidupnya. Bagai sukar mempercayai kenyataan tetapi itulah hakikatnya. Mastura telah kehilangan Osmannya. Aku kehilangan kata-kata ketika menelefonnya. Sukar dibayangkan perasaannya.
Alhamdulillah, dalam kesibukan Mr Hubby bersetuju untuk menemaniku ke Rumah Mayat PPUM, tempat di mana Osman berada sebelum 'transit' di alam kubur. Kronologinya ringkas. Demam pada hari Jumaat, sakit-sakit sendi yang disangka berpunca dari penyakit goutnya. Diikuti beberapa susulan ke klinik berhampiran. Apabila daya tiada lagi, dia berusaha mendapatkan rawatan di PPUM pula. Doktor yang merawat mencadangkan agar arwah tinggal di wad untuk pemeriksaan lanjut. Menjelang 5 petang dalam perjalan ke hospital membawa bekalan suami, Mastura menerima panggilan bahawa suaminya telah tiada. Suaminya telah kembali ke rahmatullah. Innalillah ........
Meminjam kata-kata Ustaz Abdullah Khairi dalam beberapa ceramah beliau:
Benar kata-kata itu. Semuanya milik Dia. Allah meminjamkan kita segalanya untuk kita beribadat mencari saham akhirat kita. Dengan itu, berusahalah kita membuat yang terbaik dengan pinjamanNya ini agar saham akhirat dipenuhi, nikmat dunia dirasai. Hargailah semua yang ada disekeliling kita. HArgailah ibubapa. Hargailah suami/ isteri dan anak-anak. Jadikan mereka punca kebahagiaan dunia kita juga saham akhirat untuk ke syurga nanti. Insya Allah .....
Al-fatihah untuk Osman. Semoga Allah merahmati beliau. Semoga Allah berikan ketabahan kepada sahabatku, Mastura Mokhtar. Ameen.
Wallahua'lam.

"Apa Milik Kita?
Apa Milik Kita?
Tiada ada apa Milik kita
Semuanya milik ALLAH"
Benar kata-kata itu. Semuanya milik Dia. Allah meminjamkan kita segalanya untuk kita beribadat mencari saham akhirat kita. Dengan itu, berusahalah kita membuat yang terbaik dengan pinjamanNya ini agar saham akhirat dipenuhi, nikmat dunia dirasai. Hargailah semua yang ada disekeliling kita. HArgailah ibubapa. Hargailah suami/ isteri dan anak-anak. Jadikan mereka punca kebahagiaan dunia kita juga saham akhirat untuk ke syurga nanti. Insya Allah .....
Al-fatihah untuk Osman. Semoga Allah merahmati beliau. Semoga Allah berikan ketabahan kepada sahabatku, Mastura Mokhtar. Ameen.
Wallahua'lam.
Comments
Post a Comment