Ramadhan Mendidik Diri

Kupasan bersama Ust Ahmad Dusuki.
Memelihara keluarga agar terpelihara dari api neraka:
1. Berada dalam aqidah yang betul
Sejarah perang Badar itu adalah simbolik kekuatan aqidah unat Islam.

Setiap manusia akan diuji:
i. Allah uji dengan perasaan takut.
ii. Allah uji dengan kelaparan - lapar fizikal spt makanan, laparkan harta
iii. Allah uji dengan dikurangkan harta benda
iv. Allah uji dengan kematian dalam keluarga dan orang yang disayang

Bulan Ramadhan mengajar kita yakin bahawa Allah sentiasa nampak segala apa yang kita lakukan. Sehingga kita mampu menahan lapar dan dahaga kerana yakin Allah nampak dan tidak boleh menipu diri.

Ramadhan mendidik kejujuran.

2. Baiki ibadah kepada Allah

Berpuasa bermula dari subuh sehingga maghrib.
Dimulakan dengan makan sahur dengan harapan sebaik selepas sahur dapat terus mendidik solat subuh. Dan dapat bersolat subuh secara berjemaah.

Untuk menjaga solat maghrib melalui diadakan waktu berbuka puasa pada waktu maghrib.

Perbanyakkan solat melalui solat terawih.

Banyakkan ibadah terutama di malam-malam akhir Ramadhan.

3. Berakhlak dengan akhlah islamiah

Memperbaiki akhlak mengikut akhlak alQuran.

Wallahu a'lam.

Comments