Assalamualaykum,
===================
Dialog:
Anak ibu: Apa yang paling best nak balik buka puasa kat rumah?
Kawan anak: Yelah, bukak puasa dengan family lah.
Anak ibu: Ye la .... Apa yang best?
Kawan anak: Makan yang best-best la. Mak aku masak. Aku sebut saja. Semua mak aku buatkan. Itu yang best tuuu...
Anak ibu: Best la kau ..... kalau aku balik pun, buka puasa kat surau. Makan je la apa yang surau sediakan. Tak dapat nak makan apa yang aku nak.
=====================
Anak ibu.....
Falsafah puasa besar hikmahnya.
Salah satunya ialah menahan dari lapar dan dahaga.
Apa kepentingannya kita menahan dari lapar dan dahaga? Supaya kita merasakan penderitaan yang dirasakan oleh mereka yang kurang berkemampuan. Supaya kita dapat menyelami apa yang mereka rasakan. Supaya kita menjiwai penderitaan mereka.
Dengan ini kita beristighfar dan kemudian mensyukuri nikmatNya.
Anak ibu .....
Berbuka puasa di surau-surau atau masjid juga ada hikmahnya.
Antaranya, MAKAN APA YANG ADA, BUKAN APA YANG KITA SUKA. Bukankah ini falsafah puasa? Mengajar kita menahan diri.
Anak ibu.....
Jika siangnya kita berpuasa, malamnya kita makan segalanya yang kita suka, apakah ini yang 'mereka' lakukan??? Tidak sama sekali.
Maka, jika makan sesuka kita semasa berbuka jadi amalan, maka kemanakah falsafah puasa yang cuba kita jiwai tadi.
Anak ibu....
Bersyukurlah. Kita masih punya makanan untuk berbuka.
Nun di sana, ada saudara kita yang sedang berkeriut perutnya.
Mungkin sudah beberapa hari tiada yang pejal mencecah ke ususnya.
Allahu Akbar!
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.
Semoga Ramadhan ini berjaya mendidik kita. Agar Ramadhan ini menjadikan kita lebih bertaqwa. Ameen.
Wallahu a'lam.

Comments
Post a Comment