Tetamu yang akan pergi ....

Assalamualaykum.

Hari ni bersiaran dari Masjid Abu Bakar AsSiddiq, Sg Petani.

Kuliah dimulakan dengan hadis Nabi SAW yang meriwayatkan pada penghujung bulan Ramadhan, langit dan bumi serta para malaikat menangis. Ditanya kenapa mereka menangis? Dijawab adalah kerana akan berlaku bencana kepada umat Muhammad. Apakah bencana itu? Iaitu, perginya bulan Ramadhan.

Kelebihan pada bulan Ramadhan.
1. Segala doa adalah mustajab. Diperkenankan oleh Allah.
2. Segala sedekah dimakbulkan.

Tidak akan berlalu satu pagi bagi anak Adam melainkan diutus 2 Malaikat yang berdoa, yang pertama berdoa, "Ya Allah, gantikanlah sumbangan yang telah diberikan oleh hamba ini". Seorang lagi malaikat akan mendoakan orang yang bakhil, "Ya Allah tolong binasakan dan musnahkan harta manusia yg bakhil ini."

Ada 2 kegembiraan bagi orang bepuasa:
1. Ketika berbuka puasa
2. Ketika bertemu Rabb. Kerana Allah telah berjanji melalui hadis Qudsi bahawa 'puasa ini adalah bagi Aku'. Iaitu ganjaran puasa hanya Allah yg membalasnya mengikut tahap puasa.

Oleh itu pada malam ke29 Ramadhan ini semoga kita tingkatkan amal kebajikan dan tingkatkan doa. Perbaikilah penghabisan Ramadhan ini dengan amal ibadat kerana belum pasti akan datang lagi Ramadhan pada tahun hadapan untuk kita. Allahu Akbar

Wallahu a'lam.

Comments