Assalamualaikum
Malam ni berkongsi ilmu yang dikupaskan oleh Ust Tuan Badrul Hisyam sempena malam 17 Ramadhan.
Tiada istimewanya malam ini cuma kerana ianya telah digazetkan dalam kalendar sebagai malam turunnya alQuran. Tetapi malam yang sebenar adalah tidak pasti. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Apa yang pasti alQuran telah diturunkan di bulan Ramadhan yang mulia ini bersandarkan ayat dalam surah AlBaqarah 186. Wallahu a'lam.
Ini perkongsian dari Ustaz.
Berdasarkan alFurqan : 63-74
Ayat-ayat ini memperihalkan ciri-ciri hamba Allah. Bukanlah menjadi hamba Allah itu hanya pada ibadat solat, puasa, zakat, dan sedekah sahaja. Tetapi sluruh kehidupan itu adalah suatu ibadat.
(*aku tambah: Quran dah jelaskan, tapi kita yang tidak mentadabbur. Rugilah kita. Astaghfirullah.)
(*aku tambah: Quran dah jelaskan, tapi kita yang tidak mentadabbur. Rugilah kita. Astaghfirullah.)
Sifat 1: Tawadhu' dan tidak melibatkan diri dalam pertelingkahan
وَعِبَادُ الرَّحْمَـٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا﴿٦٣﴾
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
And the servants of (Allah) Most Gracious are those who walk on the earth in humility, and when the ignorant address them, they say, "Peace!";
Sifat 2: Merenggangkan diri dari tempat tidur. Qiam terhadap Allah.
وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا ﴿٦٤﴾
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,
And the servants of (Allah) Most Gracious are those who walk on the earth in humility, and when the ignorant address them, they say, "Peace!";
Sifat 3: Berharap dijauhkan dari azab neraka.
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ ۖ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا ﴿٦٥﴾
إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا ﴿٦٦﴾
Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan. Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk";
Those who say, "Our Lord! avert from us the Wrath of Hell, for its Wrath is indeed an affliction grievous,-. "Evil indeed is it as an abode, and as a place to rest in";
Doa: Rabbana Aatina fidduniyya hasanah wa fil Aakhirati hasanah waqinaa azabanNar
Sifat 4: Bersedekah. Bersedekah dgn tidak berlebih-lebih dan tidak boros sangat.
وَالَّذِينَ إِذَا أَنفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا ﴿٦٧﴾
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
Those who, when they spend, are not extravagant and not niggardly, but hold a just (balance) between those (extremes);
Kisah Saad bin Abi Waqas. Ketika hampir di saat kematian. Dia bertanya kepada nabi untuk menwasiatkan keseluruhan hartanya kepada kebajikan. Tetapi dilarang oleh nabi. Perlu tinggalkan untuk kaum keluarga. Lantas dia tanya, bolehkah setengah? Nabi menjawab, tidak boleh. Kerana terlalu banyak. Saad bertanya, 1/3? Nabi berkata, masih terlalu banyak tetapi dibenarkan.
Sifat 5: Tidak mensyirikkan Allah, tidak membunuh, tidak berzina
وَالَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللَّـهِ إِلَـٰهًا آخَرَ وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّـهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ يَلْقَ أَثَامًا ﴿٦٨﴾يُضَاعَفْ لَهُ الْعَذَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيَخْلُدْ فِيهِ مُهَانًا ﴿٦٩﴾ إِلَّا مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَالِحًا فَأُولَـٰئِكَ يُبَدِّلُ اللَّـهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ ۗ وَكَانَ اللَّـهُ غَفُورًا رَّحِيمًا ﴿٧٠﴾ وَمَن تَابَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَإِنَّهُ يَتُوبُ إِلَى اللَّـهِ مَتَابًا ﴿٧١﴾
Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan, - Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;
Those who invoke not, with Allah, any other god, nor slay such life as Allah has made sacred except for just cause, nor commit fornication; - and any that does this (not only) meets punishment. (But) the Penalty on the Day of Judgment will be doubled to him, and he will dwell therein in ignominy,- Unless he repents, believes, and works righteous deeds, for Allah will change the evil of such persons into good, and Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful, And whoever repents and does good has truly turned to Allah with an (acceptable) conversion;-
Sifat 6: Tidak memberi penyaksian palsu dan elak dari perkara yang melalaikan.
وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا ﴿٧٢﴾
Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang mengerjakan perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui dengan menjaga kehormatan dirinya
Those who witness no falsehood, and, if they pass by futility, they pass by it with honourable (avoidance);
Yakni tidak bercakap dusta dan pengucapan palsu dan tidak menghadiri (majlis) yang di dalamnya ada perkataan-perkataan kotor. Dan jika melalui tempat-tempat sebegitu, hendaklah meninggalkan tempat tersebut dan membersihkan diri dari perkataan kotor itu.
Sifat 7: Mendengar ayat-ayat Allah
وَالَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ لَمْ يَخِرُّوا عَلَيْهَا صُمًّا وَعُمْيَانًا ﴿٧٣﴾
Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang mengerjakan perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui dengan menjaga kehormatan dirinya Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.
Those who, when they are admonished with the Signs of their Lord, droop not down at them as if they were deaf or blind;
Mendengar ayat-ayat Allah dan faham maksudnya serta mematuhi apa yang disampaikan.
Sifat 8: Yang berdoa
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا ﴿٧٤﴾
And those who pray, "Our Lord! Grant unto us wives and offspring who will be the comfort of our eyes, and give us (the grace) to lead the righteous."
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Berdoa agar dijadikan sebagai orang yang mendapat petunjuk dan kemudian membimbing dan mengajak orang lain ke arah kebaikan.
Dan janji Allah untuk hambaNya:
أُولَـٰئِكَ يُجْزَوْنَ الْغُرْفَةَ بِمَا صَبَرُوا وَيُلَقَّوْنَ فِيهَا تَحِيَّةً وَسَلَامًا﴿٧٥﴾ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ حَسُنَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا ﴿٧٦﴾
Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya, Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.
Those are the ones who will be rewarded with the highest place in heaven, because of their patient constancy: therein shall they be met with salutations and peace, Dwelling therein;- how beautiful an abode and place of rest!
Adakah kita salah seorang dari hambaNya? Sudahkah kita memenuhi tuntutan sebagai hambaNya?
Pada hati dan tindakan kita terletak keputusan untuk menjadi hambaNya atau sebaliknya. Astaghfirullah.
Allahu Akbar.
Wassalam.
Comments
Post a Comment