Assalamualaikum
.Pagi ni berkongsi ilmu yang disampaikan oleh Imam Muda Jabar
Beliau memulakan dengan membacakan ayat di bawah ini
وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ ﴿١٣٣﴾
(English) And hasten to forgiveness from your Lord; and a Garden, the extensiveness of which is (as) the heavens and the earth, it is prepared for those who guard (against evil).
(Bahasa Malaysia) Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
Ayat ini menerangkan seruan Allah agar kita segera memohon keampunan.
Ada satu kisah, telah datang 3 orang pemuda menyatakan masalah mereka untuk memohon pandangan. Pemida yang pertama, telah lama berkahwin tetapi tidak memperoleh nak. Maka dikatakan padanya, 'Istighfarlah'. Pemuda kedua mencerita tentang masalah kekurangan wang. Maka dikatakan oleh qadhi, "Istighfarlah". Pemuda ketiga mengadukan masalah kemarau berpanjangan di tempatnya sehingga keputusan bekalan air. Maka dijawab oleh qadhi, "Istighfarlah". Maka semua yang hadir berasa hairan, lalu qadhi mengingatkan tentang doa Nabi Nuh.
Nabi Nuh membacakan ayat:
Mintalah ampun dari Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu Maha Pengampun.
1. Allah turunkan hujan
2. Allah banyakkan hartanya
3. Allah berikan zuriat baginya.
1. Allah turunkan hujan
2. Allah banyakkan hartanya
3. Allah berikan zuriat baginya.
Surah al-Imran (133) ini menyatakan bahawa orang yang beristighfar adalah orang yang bertaqwa.
Ciri2 orang yang bertaqwa:
1. Menginfakkan harta ketika senang dan susah.
2. Menahan marah
3. Memaafkan manusia
Ketiga-tiga ciri ini menaikkan tingkat manusia. Menjadi muhsinin.
1. Menginfakkan harta ketika senang dan susah.
2. Menahan marah
3. Memaafkan manusia
Ketiga-tiga ciri ini menaikkan tingkat manusia. Menjadi muhsinin.
Tingkat darjat manusia:
Muslim
Mukmin
Muttaqin
Muhsinin
Muslim
Mukmin
Muttaqin
Muhsinin
Ciri2 muhsinin:
1. Sentiasa bertaubat atas setiap kesalahan atau dosa yang dilakukan.
1. Sentiasa bertaubat atas setiap kesalahan atau dosa yang dilakukan.
Comments
Post a Comment