Assalamualaikum
Hari ni perkongsian dari Ust Basit Abdul Rahman.
Allah SWT berfirman:
يٰۤاَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُمْ مَّوْعِظَةٌ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُوْرِ ۙ وَهُدًى وَّرَحْمَةٌ لِّـلْمُؤْمِنِيْنَ
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."
(QS. Yunus 10: Ayat 57)
* Via Al-Qur'an Melayu http://quranmelayu.com
Janji Allah mengenai alQuran sebagai penawar bagi segala penyakit. Iaitu dengan bertadabbur ayat-ayat Allah
Dalam Imam Nawawi mengatakan alQuran itu penawar sempurna kepada hati juga kepada badan. Tetapi malangnya orang tidak pandai menggunakan alQuran kecuali orang yang beriman kepada Allah.
Iaitu alQuran adalah syifa' bagi manusia.
Penawar kepada penyakit badan adalah bersandarkan kepada kisah di mana para sahabat Nabi mengubati seorang ketua kampung yang digigit kala jengking dengan hanya membacakan surah alFatihah.
Banyak kecelaruan berlaku di akhir zaman. Kecelaruan tidak sepatutnya berlaku jika berpegang kepada alQuran dan al-hadis.
Hadis2 tentang akhir zaman tidak boleh disandarkan hanya pada suatu keadaan yang berlaku.
Kecelaruan juga berlaku bila timbul kisah2 Israiliat yang hanya menyeronokkan tanpa sandaran yang penting diambilkira.
Ilmu tadabbur alQuran adalah bukan menghalusi apa yang tidak dinyatakan dalam alQuran tapi mengambil iktibar dari kisah dalam aLQuran.
Cth:
Surah alKahfi:
Dalam Quran tidak disebutkan bilangan ashabul kahfi dengan nyata. Tidak disebutkan keadaan anjing dgn jelas. Maka tidak perlu dihujahkan perkara ini. Tetapi yang perlu dihujahkan ialah kenapa anjing disebutkan dalam alQuran.
Para ahli tafsir mengatakan anjing yang merupakan najis mughalzah disebut dalam Quran kerana dimuliakan oleh Allah apabila anjing tersebut berdamping dengan orang beriman.
Ibrah dari ini, jika berkawan dengan orang yang beriman maka akan dimuliakan oleh Allah. Dari itu hendaklah kita berusaha untuk berada di kalangan orang yang beriman.
Subhanallah. Indahnya alQuran.
Wallahu a'lam
Comments
Post a Comment