Yaumul Akhir

Assalamualaikum

Hari ni perkongsian oleh Ust Jashimi Che Pa berkenaan yaumul-akhir.

Yaum dalam bahasa arab bermaksud hari, manakala akhir adalah penghabisan.

Apakah sifat-sifat hari pengakhiran ini?

1. Haq (Benar)
Hari akhirat adalah benar. Ia akan benar-benar berlaku. Bukan satu bayangan.

2. Panjang
Hari yang panjang satu hari bersamaan 50000 tahun

Nama2 hari akhirat
1. Akhirat
Hari penghabisan

2. Yaumuddin (al Fatihah)
Hari pembalasan. Sebab pada hari tersebut setiap amalan akan dibalas

3. Jam'i (Menghimpun) (at Taghabun)
Hari yg dihimpunkan semua umat dari mula kejadian sehinggalah umat terakhir.

4. Fath (as Sajadah)
Hari pembukaan. Kerana dibuka segala hijab yang ditutup selama ini. Hari rahsia dibongkarkan. Segala amalan kebaikan dan keburukan dibuka dibentangkan untuk pengadilan

5. Fasl (al Mursalat)
Hari keputusan. Dihari kebenaran dan kebatilan diputuskan oleh Allah SWT. Semua perselisihan akan ditentukan pada hari tersebut.

6. As Saakhah
Hari teriakan, gempa yang sangat menakutkan. Bunyi pekikan yang hampir-hampir memekakkan telinga.

7. At Thamatun Kubra (An Nazi'at)
Hari kemusnahan yang besar

8. At Taghabun
Hari orang kerugian. Rugi bagi orang yang telah berpeluang beroleh keuntungan tetapi mereka melepaskan. Iaitu orang yang telah sampai kepadanya peringatan tetapi mereka berpaling dari kebenaran, maka rugilah mereka kerana tetap mengikut batil. Maka akan rasa menyesallah orang-orang yang rugi.

Comments