Musibah

Assalamualaikum...

Hari ni cuma nak letakkan petikan yang diambil dari kumpulan2 whatsapp dan telegram. It is about musibah that befalls upon us muslim

Kempen Semak Hadis:
::Sunnah ketika menerima berita kematian::

Bacaan yang sunnah dibaca apabila mendengar berita kematian atau apa-apa musibah ialah lafaz istirja'.

❗ Iaitu lafaz berikut:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ  اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

▶ "Sesungguhnya kami milik Allah, dan kepadaNya kami kembali. Ya Allah berikanlah ganjaran kepadaku atas musibahku, dan gantikan untukku apa yang lebih baik daripadanya"

Firman Allah:
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (155) الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (156)

▶ Kami pasti akan menguji kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kemusnahan harta benda, kematian, dan kemusnahan tanam-tanaman. Berita gembiralah buat orang-orang yang sabar (155).

▶ Iaitu apabila musibah menimpa mereka, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepadaNya kami kembali. (156)
📕Al-Baqarah : 155-156.

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ " مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللَّهُ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا 

▶ Daripada Ummu Salamah, beliau berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Tidaklah sesuatu musibah menimpa seorang Muslim, lalu dia menyebut apa yang Allah suruh (iaitu perkataan)
"Sesungguhnya kami milik Allah, dan kepadaNya kami kembali. Ya Allah berikanlah ganjaran kepada ku atas musibah ku, dan gantikan untukku apa yang lebih baik daripadanya",

. إِلاَّ أَخْلَفَ اللَّهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا " .

▶ Melainkan Allah pasti akan menggantikan untuknya sesuatu yang lebih baik daripadanya.

قَالَتْ فَلَمَّا مَاتَ أَبُو سَلَمَةَ قُلْتُ أَىُّ الْمُسْلِمِينَ خَيْرٌ مِنْ أَبِي سَلَمَةَ أَوَّلُ بَيْتٍ هَاجَرَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم . ثُمَّ إِنِّي قُلْتُهَا فَأَخْلَفَ اللَّهُ لِي رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم .

▶ Ummu Salamah berkata: Apabila matinya Abu Salamah, aku berkata: Siapakah orang Islam yang lebih baik daripada Abu Salamah, dia merupakan keluarga yang awal berhijrah kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Lalu aku tetap menyebut perkataan itu, maka Allah menggantikan untukku Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam.

قَالَتْ أَرْسَلَ إِلَىَّ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم حَاطِبَ بْنَ أَبِي بَلْتَعَةَ يَخْطُبُنِي لَهُ فَقُلْتُ إِنَّ لِي بِنْتًا وَأَنَا غَيُورٌ . فَقَالَ " أَمَّا ابْنَتُهَا فَنَدْعُو اللَّهَ أَنْ يُغْنِيَهَا عَنْهَا وَأَدْعُو اللَّهَ أَنْ يَذْهَبَ بِالْغَيْرَةِ " .

▶ Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengutus Hathib bin Abi Balta'ah untuk meminang aku.
Aku berkata: Sesungguhnya aku mempunyai anak perempuan, dan aku seorang perempuan yang kuat cemburu. Baginda berkata: Adapun untuk anak perempuannya, kami berdoa agar Allah menjadikan dia  berkecukupan daripada bergantung kepada ibunya, dan aku berdoa agar Allah menghilangkan rasa cemburunya.
📕Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, hadis no: 918.

Wallahua'lam.

Page Ustaz Dr Rozaimi - Hadith

Kempen Semak Hadis:
Musibah di dunia yang menjadi sebab terhapusnya dosa.

Sebagaimana disebutkan dalam sahihain (Bukhari-Muslim), Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ وَصَبٍ ؛ وَلَا نَصَبٍ ؛ وَلَا هَمٍّ ؛ وَلَا حَزَنٍ ؛ وَلَا غَمٍّ ؛ وَلَا أَذًى – حَتَّى الشَّوْكَةُ يَشَاكُهَا – إلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

“Tidaklah menimpa seorang mukmin berupa rasa sakit (yang terus menerus), rasa penat, kekhuatiran (pada fikiran), sedih (kerana sesuatu yang hilang), kesusahan hati atau sesuatu yang menyakiti sampai pun duri yang menusuknya melainkan akan dihapuskan dosa-dosanya.”[HR. Bukhari no. 5641 dan Muslim no. 2573.]

Comments