Al Kahfi : 32 - 37

Assalamualaikum.

Alhamdulillah... another blessed day, insha Allah.

Allah SWT berfirman:

وَاضْرِبْ لَهُمْ مَّثَلًا رَّجُلَيْنِ جَعَلْنَا لِاَحَدِهِمَا جَنَّتَيْنِ مِنْ اَعْنَابٍ وَّحَفَفْنٰهُمَا بِنَخْلٍ وَّجَعَلْنَا بَيْنَهُمَا زَرْعًا   
"Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain."
(QS. Al-Kahf: Ayat 32)

* Via Al-Qur'an Melayu https://goo.gl/bp3grQ

Surah al Kahfi : 32

Dunia ini umpama kebun yang tujuannya adalah untuk mendapatkan hasil. Perumpamaan ini menunjukkan dua orang pemuda. Seorang diberikan kelebihan dunia dan seorang lagi adalah bersederhana. Insan yang memiliki kelebihan akan bermegahan dengan harta dunia yang dimilikinya.

Allah SWT berfirman:

كِلْتَا الْجَـنَّتَيْنِ اٰتَتْ اُكُلَهَا وَلَمْ تَظْلِمْ مِّنْهُ شَيْـئًـا  ۙ  وَّفَجَّرْنَا خِلٰـلَهُمَا نَهَرًا 
"Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai."
(QS. Al-Kahf: Ayat 33)

* Via Al-Qur'an Melayu https://goo.gl/bp3grQ

Kedua-dua insan ini memperolehi hasil yang sama. Maksudnya Allah memberikan setiap orang itu dengan kebaikan yang sama. Tiada siapa yang dizalimi. Cuma bentuk kurniaan adalah berbeza.

Allah SWT berfirman:

وَكَانَ لَهٗ ثَمَرٌ   ۚ  فَقَالَ لِصَاحِبِهٖ وَهُوَ يُحَاوِرُهٗۤ اَنَاۡ اَكْثَرُ مِنْكَ مَالًا وَّاَعَزُّ نَفَرًا
"Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai"."
(QS. Al-Kahf: Ayat 34)

* Via Al-Qur'an Melayu https://goo.gl/bp3grQ

Manusia bermegahan dengan harta dunia yang zahir dimata. Dan realiti kehidupan mereka yang kaya akan mmpunyai pengikut yang ramai. Manusia ini juga suka membandingkan harta dan kekuasaan dengan orang lain.

Allah SWT berfirman:

وَدَخَلَ جَنَّتَهٗ وَهُوَ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهٖ   ۚ  قَالَ مَاۤ اَظُنُّ اَنْ تَبِيْدَ هٰذِهٖۤ اَبَدًا 
"Dan ia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil ia berkata: "Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya."
(QS. Al-Kahf: Ayat 35)

* Via Al-Qur'an Melayu https://goo.gl/bp3grQ

Manusia yang memiliki harta mempunyai kecenderungan yang negatif. Kecenderungan yang sombong dan zalim. Mereka merasakan bahawa harta ini adalah mutlak hasil usahanya sendiri.

Ayat ini sesuai dengan saranan Nabi untuk sentiasa bersikap bersederhana. Nabi menyatakan bahawa beliau tidak bimbang dengan umatnya yang ditimpa kemiskinan tetapi lebih bimbang dengan umatnya yang memperolehi harta yang banyak.

Allah SWT berfirman:

وَّمَاۤ اَظُنُّ السَّاعَةَ قَآئِمَةً  ۙ  وَّلَئِنْ رُّدِدْتُّ اِلٰى رَبِّيْ لَاَجِدَنَّ خَيْرًا مِّنْهَا مُنْقَلَبًا
"Dan aku tidak fikir, hari kiamat kan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini."
(QS. Al-Kahf: Ayat 36)

* Via Al-Qur'an Melayu https://goo.gl/bp3grQ

Kesombongan akibat kemewahan ini menyebabkan manusia merasakan dia berkuasa dan engkar dengan ketetapan Allah. Dan sentiasa merasakan bahawa dia akan mendapatkan tempat yang lebih baik.

Allah SWT berfirman:

قَالَ لَهٗ صَاحِبُهٗ وَهُوَ يُحَاوِرُهٗۤ اَكَفَرْتَ بِالَّذِيْ خَلَقَكَ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُّـطْفَةٍ ثُمَّ سَوّٰٮكَ رَجُلًا 
"berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?"
(QS. Al-Kahf: Ayat 37)

* Via Al-Qur'an Melayu https://goo.gl/bp3grQ

Ayat ini menceritakan peringatan yang diberikan oleh pemuda yang bersederhana tadi. Peringatan tentang kejadian dan penciptaan manusia.

** Allah tangguhkan hukuman ke atas yang engkar di atas dunia. Tetapi segala musibah yang berlaku bukan hukuman tetapi pengajaran dan ujian.

Semoga kita dapat menghayati pengajaran yang Allah sampaikan. Semoga kita pelihara diri dari bersikap angkuh dan sombong dengan rezeki dan harta yang dimiliki.

Wallahu a'lam.

Comments