Skip to main content

Al Baqarah : 216 - 217

Assalamualaikum.

Hari ini perkongsian oleh Ust Ahmad Husni. Kupasan Al Baqarah : 216-217

Allah SWT berfirman:

كُتِبَ عَلَيْکُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّـكُمْ ۚ  وَعَسٰۤى اَنْ تَكْرَهُوْا شَيْــئًا وَّهُوَ خَيْرٌ لَّـکُمْ ۚ  وَعَسٰۤى اَنْ تُحِبُّوْا شَيْــئًا وَّهُوَ شَرٌّ لَّـكُمْ  ؕ  وَاللّٰهُ يَعْلَمُ وَاَنْـتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(QS. Al-Baqarah: Ayat 216)

* Via Al-Qur'an Melayu https://goo.gl/bp3grQ

Ayat ini turun pada bulan Rejab. Pada ketika itu Rasulallah menghantar pasukan2 risikan untuk meninjau kawasan. Tujuannya adalah untuk memantau laluan perdagangan kafir Quraisy. Bertujuan untuk merampas semula harta benda kaum muslimin yang telah dirampas semasa di Mekah.

Kumpulan peninjau ini diketuai oleh Abdullah Ibnu Jahash  pergi bersama 12 Muhajirin. Mereka bergilir2 menaiki unta. Perjalanan bermula ketika bulan Jamadil Akhir. Nabi mengirimkan surat yang hanya dibenarkan dibuka setelah 2 hari. Arahan surat adalah utk kumpulan ini berjalan ke Nahlah. Di Nahlah mereka diminta memintas kumpulan dagangan dan merampas semula harta yang dirampas.

Ketika itu Abdullah bin Jahash memberi pilihan samada mereka ingin meneruskan perjalanan atau pulang. Ketika sampai di Nahlah, setelah perjalanan selama 2 bulan, mereka berjumpa dgn kumpulan Quraisy, 4 orang, yang membawa dagangan. Lalu harta tersebut dirampas. Kejadian rampasan tersebut berlaku pada bulan Rejab.

Apabila harta rampasan dibawa pulang, Nabi tidak mengambil harta rampasan tersebut kerana terdapat larangan berperang pada bulan2 haram termasuklah bulan Rejab.

Maka ini diikuti dengan penerangan dalam ayat 217.

Allah SWT berfirman:

يَسْــئَلُوْنَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَـرَامِ قِتَالٍ فِيْهِ  ؕ  قُلْ قِتَالٌ فِيْهِ كَبِيْرٌ  ؕ  وَصَدٌّ عَنْ سَبِيْلِ اللّٰهِ وَ کُفْرٌ ۢ بِهٖ وَالْمَسْجِدِ الْحَـرَامِ ۙ  وَاِخْرَاجُ اَهْلِهٖ مِنْهُ اَكْبَرُ عِنْدَ اللّٰهِ ۚ  وَالْفِتْنَةُ اَکْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ  ؕ  وَلَا يَزَالُوْنَ يُقَاتِلُوْنَكُمْ حَتّٰى يَرُدُّوْكُمْ عَنْ دِيْـنِکُمْ اِنِ اسْتَطَاعُوْا  ؕ  وَمَنْ يَّرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِيْـنِهٖ فَيَمُتْ وَهُوَ کَافِرٌ فَاُولٰٓئِكَ حَبِطَتْ اَعْمَالُهُمْ فِى الدُّنْيَا وَالْاٰخِرَةِ ۚ  وَاُولٰٓئِكَ اَصْحٰبُ النَّارِ ۚ  هُمْ فِيْهَا خٰلِدُوْنَ
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)."
(QS. Al-Baqarah: Ayat 217)

* Via Al-Qur'an Melayu https://goo.gl/bp3grQ

Dari segi hukum, terdapat khilaf dalam perkara ini. Kelompok yang pertama; ayat ini tidak dinasahkan. Maka ayat ini kekal. Maka larangan tersebut kekal kecuali sebagai pertahanan.

Jumhur ulamak mengatakan ayat ini mansuh dan digantikan dengan ayat orang2 kuffar hendaklah diperangi. Justifikasi hukum adalah kerana Nabi pernah menghantar kumpulan perang dalam bulan2 haram.

Kesimpulannnya... isu ini adalah isu yang diperbesarkan oleh kaum Quraisy.

Wallahu a'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Asrama K.Ngah at MITST Alam Impian

Assalamualaikum. Asrama? Biasalah. Ramai yang pergi asrama. Nothing exciting about asrama. When I was a child, I used to read the story books. Series of them. We have the Famous Five, Secret Seven, Hardy Boys, Nancy Drew, and one of my favorite is the Malory Towers. Malory Towers tells a story about life in a boarding school. It is also a reason for me wanted to go to a hostel. It motivates me. I always thought that all hostels are as envisioned by the writer. Luxury place to stay with lots of friends around. Full of activities and adventure. But...well.... story books are mostly fictitious. It was written to draw readers into purchasing it. My hostel was far worst that what I imagined. But there is where I grew up - my teenage life. Sending K.Ngah aka. Sabrina to her hostel last Sunday, brought back the Malory Towers into me. The dorm was luxurios. Single bedded. Six in a room. Large closet. Plenty of storage space (drawers attached to the bottom of the bed). And a study

Antara Anyer dan Jakarta

"Antara Anyer dan Jakarta" was a title of a song sang by Sheila Majid back in 80s. I tried to find the meaning of "Anyer" using the Google translate but to no avail. What about the song? Nothing. It's just because I just came back from Jakarta for a conference trip cum SHOPPING trip. I was accompanied by Suzana Ahmad and Norizan. Day 1: ====== Our journey began on 12th December. At approximately 5am, the driver reached my house. Izan is already there, in a short while Suzana arrived. We headed to KLIA. The check-in was a winding queue. After checking-in it leaves us with barely enough time for fajr prayer. At 9am, the tree stooges sat foot on the Indonesia land. We make a quick visit to the money changer and proceed for a cab. We have planned for the trip carefully and agreed to travel light as we will not be checking-in to the hotel upon arrival as the checking in time is only at 3pm. Instead, we headed towards our first destination, TANAH ABANG. It is r

Doa ketika ternampak orang sakit dan mohon terhindar darinya.

Assalamualaikum, Ahad malam Isnin. Malam yang sedih sayu. Biasanya hari Ahad, adalah hari ziarah anak-anak atau hari menghantar anak-anak balik ke asrama. Upon doing that, when entering the home, I can feel the emptiness. The quiet house, no greetings, no laughters. And due to that, I will make my way to the surau, to gather bits of pearl of knowledge. "O Allah, forgive me if the reason for my being in Your masjid is wrong Forgive me, Ya Allah. But truthfully, its too quiet at home, and to me, being in the masjid is more meaningful rather than locked in the empty house alone. Forgive me Ya Allah." And tonight, it was Ustaz Firdaus. Sharing on Feqah. And one thing that I really think fruitful to share is this piece of doa.  ‘Alhamdulillah hillazi aafani mim mabtalaka bihi wa fadhalaani ala kaseerim mimman khalaqa tafdheela.” The Prophet said: “If somebody recites this dua while he saw someone else in some fatigue or tensions, he would not be involved in t