Assalamualaikum.
Hari ini perkongsian oleh Ust Ahmad Husni. Kupasan Al Baqarah : 216-217
Allah SWT berfirman:
كُتِبَ عَلَيْکُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّـكُمْ ۚ وَعَسٰۤى اَنْ تَكْرَهُوْا شَيْــئًا وَّهُوَ خَيْرٌ لَّـکُمْ ۚ وَعَسٰۤى اَنْ تُحِبُّوْا شَيْــئًا وَّهُوَ شَرٌّ لَّـكُمْ ؕ وَاللّٰهُ يَعْلَمُ وَاَنْـتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(QS. Al-Baqarah: Ayat 216)
* Via Al-Qur'an Melayu https://goo.gl/bp3grQ
Ayat ini turun pada bulan Rejab. Pada ketika itu Rasulallah menghantar pasukan2 risikan untuk meninjau kawasan. Tujuannya adalah untuk memantau laluan perdagangan kafir Quraisy. Bertujuan untuk merampas semula harta benda kaum muslimin yang telah dirampas semasa di Mekah.
Kumpulan peninjau ini diketuai oleh Abdullah Ibnu Jahash pergi bersama 12 Muhajirin. Mereka bergilir2 menaiki unta. Perjalanan bermula ketika bulan Jamadil Akhir. Nabi mengirimkan surat yang hanya dibenarkan dibuka setelah 2 hari. Arahan surat adalah utk kumpulan ini berjalan ke Nahlah. Di Nahlah mereka diminta memintas kumpulan dagangan dan merampas semula harta yang dirampas.
Ketika itu Abdullah bin Jahash memberi pilihan samada mereka ingin meneruskan perjalanan atau pulang. Ketika sampai di Nahlah, setelah perjalanan selama 2 bulan, mereka berjumpa dgn kumpulan Quraisy, 4 orang, yang membawa dagangan. Lalu harta tersebut dirampas. Kejadian rampasan tersebut berlaku pada bulan Rejab.
Apabila harta rampasan dibawa pulang, Nabi tidak mengambil harta rampasan tersebut kerana terdapat larangan berperang pada bulan2 haram termasuklah bulan Rejab.
Maka ini diikuti dengan penerangan dalam ayat 217.
Allah SWT berfirman:
يَسْــئَلُوْنَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَـرَامِ قِتَالٍ فِيْهِ ؕ قُلْ قِتَالٌ فِيْهِ كَبِيْرٌ ؕ وَصَدٌّ عَنْ سَبِيْلِ اللّٰهِ وَ کُفْرٌ ۢ بِهٖ وَالْمَسْجِدِ الْحَـرَامِ ۙ وَاِخْرَاجُ اَهْلِهٖ مِنْهُ اَكْبَرُ عِنْدَ اللّٰهِ ۚ وَالْفِتْنَةُ اَکْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ ؕ وَلَا يَزَالُوْنَ يُقَاتِلُوْنَكُمْ حَتّٰى يَرُدُّوْكُمْ عَنْ دِيْـنِکُمْ اِنِ اسْتَطَاعُوْا ؕ وَمَنْ يَّرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِيْـنِهٖ فَيَمُتْ وَهُوَ کَافِرٌ فَاُولٰٓئِكَ حَبِطَتْ اَعْمَالُهُمْ فِى الدُّنْيَا وَالْاٰخِرَةِ ۚ وَاُولٰٓئِكَ اَصْحٰبُ النَّارِ ۚ هُمْ فِيْهَا خٰلِدُوْنَ
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)."
(QS. Al-Baqarah: Ayat 217)
* Via Al-Qur'an Melayu https://goo.gl/bp3grQ
Wallahu a'lam.
Comments
Post a Comment