Al Quran - at Taubah 84

Assalamualaikum

Hari ini perkongsian oleh Ustaz Johari tentang akhlak Nabi.

Allah SWT berfirman:

وَلَا تُصَلِّ عَلٰٓى اَحَدٍ مِّنْهُمْ مَّاتَ اَبَدًا وَّلَا تَقُمْ عَلٰى قَبْرِهٖ ؕ اِنَّهُمْ كَفَرُوْا بِاللّٰهِ وَرَسُوْلِهٖ وَمَاتُوْا وَهُمْ فٰسِقُوْنَ

"Dan janganlah engkau solatkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya, dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka)." (QS. At-Taubah: Ayat 84)

* Via Al-Qur'an Melayu https://goo.gl/bp3grQ

Ayat ini ditafsirkan oleh Ibnu Abbas. Ayat ini mengisahkan Abdullah bin Ubay ketika dia mati. Nabi dijemput utk menyempurnakan solat jenazah utk Abdullah Ubay. Nabi lalu mendoakan Abdullah bin Ubay dan hadir utk mengimamkan jenazah Abdullah bin Ubay.

Menurut Ibnu Abbas, pada ketika itu Saidina Umar al Khattab menunjukkan muka yang kurang senang. Umar berhadapan dengan Nabi lalu berkata, "Wahai Rasulallah. Ini adalah musuh Allah. Abdullah bin Ubay. Lelaki yg melakukan segala permusuhan dan persengketaan dalam Islam." Nabi hanya tersenyum. Lalu Saidina Umar mengingatkan kembali kisah Aisyah difitnah yang berpunca dari Abdullah bin Ubay. Lalu Nabi berkata, "wahai Umar, Allah telah memberikan kepadaku pilihan ( spt dalam at Taubah 80). Samada meminta ampun atau tidak mengampunkannya maka aku akan meminta ampun baginya."

Selepas solat jenazah, nabi mengiringi jenazah ke perkuburan. Umar merasa tidak senang hati dengan tindakan nanbi itu. Sehinggalah turun ayat atTaubah 84 yang memberi pemakluman tentang urusan solat jenazah ke atas kaum munafik.

~~~~

Inilah akhlak Nabi dalam berhadapan dengan musuh.

Apatah lagi jika berhadapan dengan sesama muslim sepatutnya kita perlu berlebih-lebih lagi berlembut walaupun terdapat perbezaan pendapat dan fahaman.

Tetapi berbeza apabila berhadapan dengan musuh Islam. Ayat Mumtahanah 8 menceritakan tentang tindakan kita terhadap kaum kuffar.

Allah SWT berfirman:

لَا يَنْهٰٮكُمُ اللّٰهُ عَنِ الَّذِيْنَ لَمْ يُقَاتِلُوْكُمْ فِى الدِّيْنِ وَلَمْ يُخْرِجُوْكُمْ مِّنْ دِيَارِكُمْ اَنْ تَبَرُّوْهُمْ وَ تُقْسِطُوْۤا اِلَيْهِمْ  ؕ  اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِيْنَ

"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."
(QS. Al-Mumtahanah: Ayat 8)

* Via Al-Qur'an Melayu https://goo.gl/bp3grQ

Nabi bersifat tegas dengan orang kafir seperti yang diperintahkan oleh Allah dalam ayat Mumtahanah tersebut. Iaitu tidak dilarang untuk menyantuni kafir selagi mereka tidak memerangi agama.

Wallahu a'lam.

Comments