Kupasan Syamail Muhammadiah - Bab Nabi Menangis

Assalamualaikum,

Hari ni perkongsian Ust Firdaus tentang kisah sifat hidup Nabi melalui Kitab Syamail Muhammadiah.

Ketawa Nabi, menagis Nabi tidak pernah berlebihan. Tidak terkeluar suaranya. Nabi ketawa sekadar menampakkan gigi.

Ada ketika, sahabat mendapati Nabi menangis lalu sahabat bertanya, "Adakah Nabi juga menangis?". Jawab Nabi bahawa inilah nikmat.

Ada ketika Nabi berdoa...Ya Rabbi, wahai Tuhanku bukankah Engkau telah berjanji utk tidak menurunkan azab kepada umatku ketika Aku masih berada dikalangan unatku dan umatku masih beristighfar?.

~ membawa maksud Allah menangguhkan azab pada golongan yang masih terdapat di kalangannya ada hamba yang sedang berisyighfar.

Hadis dari Mutraq... saya mendatangi Nabi SAW dan dia bersolat. Saya mendengar dari suaranya bahawa dia menangis.

Pada ketika saat kematian cucunya, Umaimah atau Umamah, Nabi menangis.

Umaimah adalah antara cucu kesayangan Nabi selain dari Hasan dan Husin. Merupakan cucu yang didukung Nabi ketika dalam solatnya.

Ada tujuh sebab menangis
1. Kemenangan
2. Sedih
3. Syukur
4. Sakit
5. Menunjuk2
6. Gembira
7. Takut kerana Allah ... mata yg menagis kerana takutkan Allah adalah mata yang tidak disiksa.

Ada 2 mata yang tidak akan dibakar oleh api Neraka:
1. Yang takut kerana Allah
2. Mata yang berjaga kerana Allah

Berkata Abdullah Ibnu Umar .... sesungguhnya saya lebih suka menangis kerana Allah lebih dari bersedekah 1000 dinar.

Ada ketika sahabat membacakan ayat ini dalam solatnya dan diulang berkali-kali kerana takutnya dengan amaran Allah dalam ayat Al Jathiah:21 seperti berikut.

Al Jathiah : 21

أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ اجْتَرَحُوا السَّيِّئَاتِ أَنْ نَجْعَلَهُمْ كَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَوَاءً مَحْيَاهُمْ وَمَمَاتُهُمْ ۚ سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ

Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu.

Jadilah kita hambaNya yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Semoga Allah menjauhkan kita dari azab api neraka.

Wassalam......

Comments