22 Oktober 2016
Ayat dari alBaqarah berkenaan ucapan Innalillahi wainna ilaihi rajiun
{وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ} [البقرة : 155]
link: http://quran.ksu.edu.sa/index.php?aya=2_155
Ahli tafsir menafsirkan ayat ini menggambarkan setiap manusia pasti akan diuji. Termasuklah Nabi SAW.
Ayat ini memberikan berita gembira kepada mereka yang bersabar. Iaitu sabar pada tiga keadaan:
1. Taat kpd Allah
2. Elak maksiat
3. Hadapi ujian
Begitu juga ketika perang khandak. Yang diceritakan dalam surah Ahzab. Pada ketika itu ketakutan itu menyelinap masuk dlm diri setiap org krn telah dikepung dr segenap penjuru. Ketakutan itu adalah satu bentuk ujian.
Semasa perang khandak juga para sahabat diuji dengan kelaparan.
Kehilangan buah termasuklah makanan dan anak2. Ini juga satu bentuk ujian.
Sesiapa yg ditimpa musibah hendaklah mengucapkan innalillahi wainna ilaihi rajiun. Dan besabar. Dan perbanyakkan berpuasa sunat.
Kalkulator org mukmin ialah sentiasa melihat ujian yang ditimpa kepada org lain. Maka perbanyakkan ziarah org sakit.
Doa perlindungan rumah dibaca sebelum tidur.
Sebelum tidur baca 2 ayat penghabisan dlm surah alBaqarah. Boleh ditambah dengan doa yg dibaca oleh nabi ketika isra' mikraj dan beliau dikejar oleh ifrit. Doa ini jaminan nabi agar rumah terpelihara dari kejahatan.
أَعُوذُ بِوَجْهِ اللَّهِ الْكَرِيمِ
‘Auu zu bi waj hilla hil karim
وَبِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ اللَّاتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ
wabikalimatillahit taammatil lati la yujawizuhunna barru wa la fajir
مِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ
wa mim syarri ma yan zilu minas sama’
وَشَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيهَا
wa syarri ma ya’ruju fiha
وَشَرِّ مَا ذَرَأَ فِي الْأَرْضِ
wa syarri ma zara’a fil ardhi
وَشَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا
wa syarri ma takh ruju minha
وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
wa min fitanil laili wan nahari
وَمِنْ طَوَارِقِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
wa min tawariqil laili wan nahari
إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ
illa toriqan yatruqu bi khairin ya rahman
Maksud : Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang hari dan dari kejahatan jalan-jalan dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang.
Keistimewaan ucapan Innalillahi wainna ilaihi rajiun
1. Inna lillah - Menunjukkan tauhid kepada Allah
2. Mengandungi erti dan rasa penghambaan mutlak - semuanya milik mutlak Allah, tiada pilihan.
3. Ilaihi rajiun - Merujuk kpd Keadaan kita yg akan kembali menjadi ahli kubur
Doa riwayat muslim dan nasaie
Inna lillahi wainna ilaihi rajiun
Allahumma' jjurni fi musibati wa akh lifli khairan minha
Comments
Post a Comment