Friday, September 16, 2016

Kisah Ibrahim - Al Baqarah:124

Assalamualaikum

(وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ) [Surat Al-Baqarah 124] via @QuranAndroid

Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim."

Kupasan

Imam yang dimaksdkan adalah pemimpin yang menjadi ikutan. Yang menjadi role model.

Dalam surah Nahl disebutkan Nabi Ibrahim adalah seorang yg tunduk dan patuh dan lurus (hanifan) kepada Allah dan tidak pernah mensyirikkan Allah malah sentiasa bersyukur terhadap segala kurniaan Allah. Allah memimpin Nabi Ibrahim dengan hidayahNya.

Inilah ciri2 orang yang layak dijadikan role model dalam kehidupan kita.

Dan mereka adalah orang2 yang diuji dengan hebat.

Antara ujian hebat yang diterima oleh Nabi Ibrahim
1. Dari Abdullah Ibnu Abbas: ujian ibadat
Termasuklah ujian dengan ibadat solat, puasa dan haji.

Nabi Ibrahim diuji dgn arahan dari Allah untuk membangunkan semula Kaabah yang telah diletakkan batu asas sebelum ini oleh Nabi Adam. Arahan ini dalam keadaan Mekah gersang. Dan beliau diminta membawa anak dan isteri dan ditinggalkan di sana.

Juga dalam ibadah2 lain seperti berkhitan, istinjak, dan bercukur.

2. Menurut Muhammad Ibnu Ishak: ujian terpaksa berpisah dgn kaumnya.

Nabi Ibrahim berada di kalangan orang2 yg kafir. Ayahnya sendiri adalah org kafir seorang pembuat berhala. Nabi Ibrahim sering berhujah dgn ayahnya dalam suara yang lembut utk menyedarkan ayah tentang keesaan Allah.

Beliau terpaksa berdepan dengan Raja Namrud yang kafir dan zalim. Sehingga akhirnya Nabi Ibrahim dibakar dan akhirnya diusir dari puaknya.

3. Diuji dengan tiada anak utk tempoh yang lama. Kemudian anak tersebut perlu ditinggalkan jauh di tempat yg tiada kehidupan. Dan kemudiannya diminta utk menyembelih anak tersebut (Nabi Ismail) apabila anak tersebut meningkat dewasa.

Kata2 Hassan AlBasri:
Nabi Ibrahim telah diuji dengan bulan bintang dan matahari. Diuji dengan api, diuji dengan dihalau dari kaumnya. Diuji dengan tiada anak dan bila mendapat anak diuji dgn arahan meninggalkan anak isteri di tanah gersang berdekatan kaabah. Seterusnya duji dengan khitan dalam usia tua.

Inilah ikutan kita yang sentiasa redha dengan ujian Allah.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment