As-Saff : 10 -12

Assalamualaikum.

Bersama Ustaz Amran Yusuf pagi ini.

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ) [Surat As-Saf 10] via @QuranAndroid

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

(تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ)
[Surat As-Saf 11]

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Antara bentuk perniagaan yang Allah janjikan keselamatan dari azab qubur:

1. Beriman dengan keimanan yang teguh. Dan kekal dalam keimanan. Sentiasa beristighfar supaya kita bersihkan diri kita di setiap masa. Iman itu dengan sebutan mulut dan mengakuinya. Dan perbuatan menurut tubuh badan.

Dalam 1 - 10 Zulhijjah adalah hari yang utama untuk beribadahnya. Padanya terdapat segala kebaikan.

Antara ibadat:
- meningkat ibadat solat
- berpuasa antara 1 hingga 10
- berbuat kebaikan dengan solat dgn sempurna
- berkorban untuk diri sendiri dan keluarga

2. Membela dan menegakkan agama Allah
- belanjakan harta mengikut yg Allah tetapkan.
- belanja untuk ahli keluarga
- zakat untu membersihkan harta dari syubhah
- disedekahkan

Juga berjuang dengan diri sendiri,  menggunakan tubuh badan utk agama Allah
- mengerjakan solat ; sebaiknya kita menunggu waktu solat. Bersiap utk solat sblm masuk waktu solat dan bergerak ke masjid

(يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ)
[Surat As-Saf 12]

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.

Syurga itu adalah ganjaran terbesar yang Allah akan berikan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ayat ini diturunkan di Madinah. Menurut tafsiran Abdullah Ibnu Salam.

Para sahabat sering bertanya apakah amalan yang perlu dilakukan untuk menambah keimanan. Jadilah kita orang yang sentiasa ingin menambah amal kebaikan agar menjadi ibadah yang diredhai Allah.

Wassalam.

Comments